Skandal Tanah Sungai Yu: Pejabat Exco Selangor diserbu SPRM
16:12 Dec 15, 2017  |  By SabahKini2
Skandal Tanah Sungai Yu: Pejabat Exco Selangor diserbu SPRM

Selaku Exco dilihat tidak menyedari atau membiarkan ahli jawatankuasa itu memilih 175 pemohon yang tidak mematuhi syarat terdiri kalangan ahli keluarga jawatankuasa, pemimpin PKR, orang luar serta mereka yang mempunyai gaji lebih RM3000 ke atas.

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan serbuan ke pejabat Dewan Undangan Negeri  (DUN) Selangor bagi membantu siasatan berhubung skandal pemberian tanah di Kampung Sungai Yu, Permatang, Tanjong Karang dekat sini kelmarin.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata pihaknya juga sudah membuka semula kertas siasatan berdasarkan maklumat baharu yang diperolehi.

"Kesemua dokumen yang diambil di Pejabat Daerah dan Tanah sedang diteliti jadi beri kami masa untuk jalankan siasatan.

"Saksi kita sedang panggil dan jika ada pihak yang dirasakan terbabit, SPRM akan buat siasatan lebih mendalam," katanya.

Beliau ditemui pada sidang media sempena Malam Apresiasi Media SPRM, di sini.

Speaker DUN, Hannah Yeoh mengesahkan sepasukan pegawai daripada SPRM Putrajaya telah datang ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri mengambil dokumen itu.

Turut disiasat ialah Exco Selangor YB Ganabatirau A/L Veraman Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Selangor (Adun N48 Kota Alam) yang Ahli Pemilihan Tanah Sungai Yu.

Beliau selaku Exco dilihat tidak menyedari atau membiarkan ahli jawatankuasa itu memilih 175 pemohon yang tidak mematuhi syarat terdiri kalangan ahli keluarga jawatankuasa, pemimpin PKR, orang luar serta mereka yang mempunyai gaji lebih RM3000 ke atas.

Sumber memaklumkan terdapat unsur salah guna kuasa di kalangan pemimpin PKR dan DAP yang menjadi ahli jawatankuasa khas pemilihan tanah itu. SPRM telah mengenal pasti semua senarai nama Ahli Jawatankuasa itu.

Ganabatirau Exco Selangor akan memberikan kerjasama dan memberikan semua dokumen berkaitan kepada SPRM.

Sebagai gimik kepada isu Skandal Sungai Yu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT),  mengumumkan proses pemberian milikan tanah Kampung Sungai Yu kepada 175 pemohon didapati tidak mematuhi syarat.

 

2 Comments