Moody's turunkan penarafan kredit global pada 2020 dari ‘stabil’ kepada ‘negatif’
18:11 Nov 11, 2019  |  By SabahKini2
Moody's turunkan penarafan kredit global pada 2020 dari ‘stabil’ kepada ‘negatif’

Ketidaktentuan politik dan perang dagangan seperti yang berlaku antara Amerika Syarikat dan China akan terus melemahkan ekonomi berasaskan pasaran terbuka dan pengeksport komoditi.

LONDON: Agensi penarafan, Moody's menurunkan unjuran penarafan kredit global pada 2020 kepada ‘negatif’ berbanding ‘stabil’ ekoran gangguan dan ketidaktentuan politik dunia.

Faktor berkenaan, katanya, dijangka terus memperlahankan pertumbuhan serta meningkatkan risiko ekonomi dan kejutan kewangan.

Moody's, yang sebelum ini memberi amaran akan menurun penarafan Britain, Afrika Selatan, India, Mexico, Turki dan Hong Kong, berkata tindakan itu berlandaskan kepada tiga penyebab utama.

Ketidaktentuan politik dan perang dagangan seperti yang berlaku antara Amerika Syarikat dan China akan terus melemahkan ekonomi berasaskan pasaran terbuka dan pengeksport komoditi.

Peningkatan persekitaran yang berlawanan prinsip ekonomi itu dijangka memusnahkan pasaran global dan institusi negara menyebabkan pertumbuhan lebih rendah, melonjakkan kemungkinan berlakunya krisis diburukkan lagi dengan ketidakupayaan kapasiti untuk menyelesaikannya.

"Dalam persekitaran tidak menentu ini, pertumbuhan dan risiko kredit bergerak semakin menjunam," kata Moody's dalam laporannya ke atas senarai penarafan 142 negara membabitkan AS$63.2 trilion hutang berdaulat.

Dengan tumpuan ketidaktentuan terbesar dicetuskan perang dagangan AS-China, ketegangan lain yang memperlahankan pertumbuhan turut tercetus daripada geopolitik Gulf, pertembuhan Japun dan Korea, India dan Pakistan, AS dengan EU, dan EU dengan Britain.

Moody's kin mengunjurkan pertumbuhan G20 iaitu kumpulan ekonomi utama dunia untuk berlegar sekitar 2.6 peratus tahun depan selepas tiga peratus pada 2018.

Negara yang tersenarai dalam rangkaian pembekalan global atau bergantung kepada dagangan untuk pertumbuhan ekonominya termasuk Hong Kong (Aa2 negatif), Singapura (Aaa stabil), Ireland (A2 stabil), Vietnam (Ba3 dalam pemantauan untuk menurun taraf), Belgium (Aa3 stabil), Republik Czech (Aa3 stabil) dan Malaysia (A3 stabil) namun berdepan dengan kelembapan ekonominya.

Manakala bagi negara berdepan defisit akaun semasa dan bergantung kepada modal luaran termasuk Lebanon (Caa2 RUR-), Mongolia (B3 stabil), Tunisia (B2 negatif), Pakistan (B3 negatif), Sri Lanka (B2 stabil), Argentina (Caa2 RUR-), Turkey (B1 negatif), Indonesia (Baa2 stabil) dan Afrika Selatan (Baa3 negatif) – adalah negara paling terdedah dengan kejutan kewangan. - Reuters

Comment