Rasuah 'Rombongan London', RM30K kekalkan Subahan Presiden Kesatuan Hoki Malaysia
06:11 Nov 12, 2019  |  By SabahKini2
Rasuah 'Rombongan London', RM30K kekalkan Subahan Presiden Kesatuan Hoki Malaysia

Akhirnya rasuah 'Rombongan London' dan juga dana kepada setiap persatuan sukan hoki negeri telah memenangkan Subahan Kamal walaupun semua tahu beliau gagal memimpin kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020

KUALA LUMPUR: Nampaknya tindakan Datuk Seri Subahan Kamal Presiden Kesatuan Hoki Malaysia (MHC) membawa wakil persatuan negeri ke London bagi menyaksikan aksi playoff kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 telah berjaya memenangkan Subahan mengekalkan jawatannya sebagai Presiden menjelang pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu pada 16 November ini.

Sekalipun Skuad Tiger kalah memalukan dan Malaysia gagal lagi tapi rasuah tiket penerbangan ke London, wang RM30 ribu (tular whatapps) kepada perwakilan telah meletakkan semula kedudukan Subahan.

Bekas Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi pada 7 November lalu menegur MHC atas alasan apa badan alasan badan induk itu sanggup mengeluarkan perbelanjaan tinggi membawa rombongan ke London.

“Akhirnya, kehadiran mereka ke London tidak memberi impak yang besar kepada pasukan hoki negara apabila gagal layak ke Sukan Olimpik. Sebaliknya, ia lebih memberi impak terhadap keputusan bagi pemilihan pucuk pimpinan baharu.

“Fair play atau permainan bersih bukan saja perlu diamalkan tetapi perlu dilihat sebagai amalan.

“Menghantar pihak berkepentingan ke London secara percuma memberi gambaran atau mesej yang tidak baik kepada orang awam sekali gus memberi imej buruk kepada sukan tanah air dan MHC khususnya,” kata Kok Chi kepada BH Sukan baru-baru ini.

Kerana rasuah itu Subahan mendapat 13 pencalonan selain memainkan peranan menyingkirkan pencabarnya iaitu Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Datuk Kamarudin Meranun hanya memperoleh dua pencalonan.

Sementara itu Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan keputusan mencalonkan Datuk Seri Subahan Kamal untuk sekali lagi memegang jawatan Presiden Kesatuan Hoki Malaysia (MHC) sebagai memberi ganjaran kepada orang yang gagal.


Kamaruddin disingkir cara kotor

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu sebaliknya memberi sokongan penuh kepada Pengerusi Eksekutif Air Asia Group Bhd, Datuk Kamarudin Meranun untuk diberi peluang menerajui MHC.

“Sokong @din.meranun sebagai Presiden Kesatuan Hoki Malaysia. Berkaliber, kepimpinan baharu. Subahan gagal,” tulis Khairy di Instagram Story miliknya.

Bagaimanapun, pada satu sidang media khas Timbalan Presiden Persatuan Hoki Johor (JHA), Datuk Majid Manjit Abdullah mendedahkan Kamarudin mendapat pencalonan ketiga daripada Persatuan Hoki Kedah (KHA) sebelum ada individu yang menukar senarai calon dihantar badan induk itu pada saat akhir.

KHA buat aduan kepada Menteri, Pesuruhjaya Sukan 

Kerana polemik itu Persatuan Hoki Kedah (KHA) tampil membuat bantahan berhubung kemelut pertukaran nama calon presiden di saat akhir yang menafikan a bertanding jawatan presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).

Naib Presiden KHA, Thaitchana Muruthi menerusi surat bertarikh 7 November yang dipanjangkan kepada pihak berkaitan, berkata pihaknya berharap satu bedah siasat dapat dijalankan menjelang Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu pada 16 November ini.

Related image
Image result for Naib Presiden KHA, Thaitchana Muruthi

Antara pihak yang dipanjangkan surat berkenaan adalah Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Majlis Olimpik Malaysia dan Pesuruhjaya Sukan.

"Persatuan Hoki Kedah berhasrat mengemukakan aduan rasmi bagi membolehkan siasatan awal dan tindakan yang sesuai diambil berhubung salah laku yang melanggar peraturan serta protokol membabitkan proses pencalonan AGM MHC ke-66," katanya.

"Kami percaya ada unsur penipuan dan berharap MHC membatalkan seluruh proses pemilihan ini dan membuat semula proses pencalonan ini.

SPRM wajar menyiasat dakwaan rasuah Datuk Seri Subahan Kamal Presiden Kesatuan Hoki Malaysia (MHC) ini. 

1 Comment