Kaunter perladangan menaikkan Bursa Malaysia
13:11 Nov 12, 2019  |  By SabahKini2
Kaunter perladangan menaikkan Bursa Malaysia

IOI Corporation menokok empat sen RM4.44 manakala KLK naik 16 sen kepada RM22.36

KUALA LUMPUR: Harga saham kaunter perladangan yang lebih tinggi, khususnya IOI dan KLK, membantu menolak naik Bursa Malaysia untuk mengakhiri sesi dagangan tengah hari lebih tinggi, walaupun beberapa pasaran serantau mengalami kelembapan di tengah-tengah ketidaktentuan di pasaran global.

Bursa tempatan dibuka lebih tinggi sedikit sebelum bertukar memasuki wilayah negatif kerana aktiviti pengambilan untung.

Syarikat perladangan utama IOI Corporation dan KLK menyaksikan harga saham mereka menokok.

IOI Corporation menokok empat sen RM4.44 manakala KLK naik 16 sen kepada RM22.36.

Pada 12.31 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KCLI (FBM KLCI) naik 2.83 mata kepada 1,610.98 berbanding 1,608.15 pada Isnin, manakala bergerak antara 1,605.71 hingga 1,612.75.

Ia dibuka 4.03 mata lebih tinggi pada 1,61218.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter naik mengatasi kaunter turun sebanyak 345 berbanding 333 dengan 388 kaunter tidak berubah, manakala 927 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Sejumlah 1.34 bilion saham bertukar tangan bernilai RM729.96 juta. - BERNAMA

Comment