(VIDEO) Paip ada air tiada : 5 tahun rakyat derita kerana projek kroni Shafie
16:12 Dec 15, 2017  |  By SabahKini2
(VIDEO) Paip ada air tiada : 5 tahun rakyat derita kerana projek kroni Shafie

“Apabila paip sudah dipasang, jadi orang kampung minta meter dipasang. Harapan mereka adalah air jika dilihat di sini sampai sekarang tiada air”. -Joroh Sakawi Penduduk Kampung Lampam Mas.

SIRI 2: LAPORAN KHAS SABAHKINI2 

Saksikan video temubual Sabahkini2 bersama penduduk kampung

TENOM: WALAUPUN Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah membelanjakan ratusan juta ringgit untuk membina projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Tenom, namun terdapat penduduk di daerah Tenom belum mendapat bekalan air paip dan ada pula yang mendapat projek BALB tetapi air pula tiada.

Projek dicipta untuk kroni dan komisen walau projek siap tetapi bekalan air tiada walaupun paip air lalu di hadapan atau bawah rumah. Itulah nasib penduduk Kg Lampam Mas di Daerah Melalap Tenom. 

Penduduk kampung kecewa kerana hamper 5 tahun menunggu mereka masih tidak menerima bekalan air bersih. Penduduk kampung mempersoalkan mengapa KKLW boleh meluluska projek yang tidak menguntungkan rakyat.

 

Edward Sibin Ketua Anak Negeri Kawasan Melalap turut mendedahkan bekalan air dari Loji Air Senawang tidak sampai ke kampung itu kerana kerana kedudukan di atas bukit.

“Apabila paip sudah dipasang, jadi orang kampung minta meter dipasang. Harapan mereka adalah air jika dilihat di sini sampai sekarang tiada air”. Katanya

Joroh Sakawi, Penduduk kampung berkata mereka seperti dibodohkan oleh Shafie Apdal

“Kami macam diperbodohkan kerana projek yang dibuat hanya untuk ditengok tapi tiada fungsi. Kenapa tidak berfungsi kita tidak tahu apa puncanya. Itu yang kami mahu tanya”. katanya

Saksikan VIDEO (di atas) kekecewaan penduduk Kg Lampam Mas terhadap bekas Menteri KKLW yang kini Presiden Parti Warisan yang kononnya berjuang untuk orang Sabah tetapi semasa berkuasa mereka merompak dana rakyat projek pula tidak berfungsi.

Kelemahan projek bekalan air luar bandar di Tenom bukan masalah baru sudah sekian lama dibicarakan. Datuk Peter Anthony Naib Presiden Warisan sekarang adalah antara proksi Shafie Apdal yang mendapat projek BALB KKLW di Tenom melalui syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd.

Shafie Apdal dan Datuk Peter Anthony Oktober lalu direman SPRM  selama 8 hari berhubung siasatan penyelewengan dana KKLW RM1.5 bilion.

7 Comments