[VIDEO] BN rampas semula Tanjung Piai ‘lumatkan’ PH dengan kekalahan memalukan!
13:11 Nov 16, 2019  |  By SabahKini2
[VIDEO] BN rampas semula Tanjung Piai ‘lumatkan’ PH dengan kekalahan memalukan!

Wee Jeck Seng mendapat 25,466 undi dengan majoriti 15,086. Sangat menakjubkan. Ia keputusan luar jangkaan untuk calon Muafakat Nasional.

PONTIAN: Dalam pelbagai tekanan dihadapi oleh Barisan Nasional termasuk mengheret Najib Tu Razak membela diri di mahkamah nampaknya tidak menjejaskan BN malah BN berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Tanjung Piai daripada Pakatan Harapan dengan majoriti besar lebih 15,000 undi.

Ia kekalahan kerusi PH yang ditandingi oleh Bersatu yang jelas memberi isyarat buruk buat Tun Dr Mahathir Perdana Menteri yang sekarang menghadapi tekanan daripada kumpulan Anwar Ibrahim mendesak peralihan segera kepimpinan PH.

Keputusan rasmi menunjukkan Wee Jeck Seng mendapat 25,466 undi, menewaskan pencabar terdekat daripada PH, Karmaine Sardini yang memperoleh 10,380 undi.

Calon Gerakan, Wendy Subramaniam sekadar meraih 1,707 undi, Badhrulhisham Abdul Aziz yang mewakili Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) mendapat 850 undi dan dua calon bebas, Ang Chuan Lock serta Faridah Aryani Abd Ghaffar masing-masing memperoleh 380 undi dan 32 undi.

Wee pernah menjadi ahli Parlimen Tanjung Piai dari 2008 hingga 2018, sebelum tewas kepada Md Farid Md Rafik daripada PPBM dengan majoriti 524 undi.

Ini adalah kemenangan keempat BN daripada sembilan PRK yang diadakan sejak Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lalu.

BN sebelum ini menang di PRK Parlimen Cameron Highlands, Dewan Undangan Negeri Semenyih dan Rantau.

Bagaimanapun PRK di Tanjung Piai kali ini menguji kerjasama calon Muafakat Nasional yang diterajui oleh UMNO, PAS, MIC dan MCA. Nampaknya MCA sudah boleh bangkit kembali.

 

Video- Kemenangan BN di Tanjung Piai

3 Comments