Yayasan Sabah terus cemerlang di bawah Musa Aman: Untung naik 373 peratus tahun 2017
04:12 Dec 16, 2017  |  By SabahKini2
Yayasan Sabah terus cemerlang di bawah Musa Aman: Untung naik 373 peratus tahun 2017

Yayasan Sabah dianggarkan meraih keuntungan sebanyak RM235 juta tahun 20 17 berbanding RM50 juta tahun lalu, peningkatan sebanyak RM185.3 juta atau 373% yang disifatkannya pencapaian sangat baik.

KOTA KINABALU: Nampaknya usaha pembangkang seperti Parti Warisan Sabah menyerang Yayasan Sabah khususnya YAB Tan Sri Musa Aman Ketua Menteri Sabah syarikat milik Kerajaan Negeri terus untung di bawah pentadbirannya.

Terbaru prestasi kewangan Kumpulan Yayasan Sabah terus meningkat tahun ini dengan anggaran pendapatan sebanyak RM1.05 bilion berbanding RM850.33 juta tahun lalu, peningkatan sebanyak RM200 juta atau 24%.

Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sapawi Ahmad berkata, kumpulan itu dianggarkan meraih keuntungan sebanyak RM235 juta tahun ini berbanding RM50 juta tahun lalu, peningkatan sebanyak RM185.3 juta atau 373% yang disifatkannya pencapaian sangat baik.

Beliau berkata, RM166 juta yang diperoleh sektor perladangan agro merupakan penyumbang terbesar kepada kumpulan itu tahun ini.

“Sektor minyak dan gas dengan anggaran keuntungan RM42 juta dan seterusnya sektor pelancongan yang mencatat anggaran keuntungan sebanyak RM38 juta,” kata ketika berucap pada majlis Malam Anugerah Kumpulan Yayasan Sabah 2017 di Kota Kinabalu, kelmarin

Majlis itu turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang merupakan pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah.

Sapawi turut memuji prestasi 57 anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah, khasnya 13 anak syarikat dan syarikat bersekutu yang berjaya mengagihkan dividen berjumlah RM232.5 juta kepada pemegang saham.

“Diharapkan anak syarikat dan syarikat bersekutu lain dapat terus berusaha memperbaiki prestasi agar pelaburan organisasi sebanyak RM1.7 bilion akan mendapat pulangan lebih baik.”

Dalam pada itu, katanya, fokus utama Kumpulan Yayasan Sabah sejak ditubuhkan pada 1968 ialah pendidikan yang merupakan pelaburan terbaik untuk melahirkan modal insan berintelek tinggi, berkemahiran dan memiliki sikap positif serta nilai murni bagi menggerakkan kemajuan Sabah.

Beliau berkata, Kumpulan Yayasan Sabah melalui Bahagian Pembangunan Pendidikan secara keseluruhan membelanjakan RM648 juta untuk menaja 97,680 pelajar sepanjang 49 tahun penubuhannya.

Katanya, tahun ini sahaja, lebih 3,800 pelajar mendapat manfaat daripada pinjaman pengajian, biasiswa pengajian tinggi dan pendidikan menengah, di samping program kaunseling serta karnival pendidikan dengan perbelanjaan RM25.7 juta.

Sapawi berkata, Kumpulan Yayasan Sabah turut berusaha melaksanakan pelbagai program sosial membabitkan kos lebih RM3.8 juta yang memanfaatkan lebih 85,000 penduduk Sabah sepanjang tahun ini.

 

November lalu Tan Sri Musa Aman turut menutup mulut pengkritiknya tentang pencapaian ekonomi Sabah apabila membentangkan bajet lebihan Sabah 4 tahun berturut turut

 Bajet 2018 membentangkan perbelanjaan mengurus RM4.104 bilion untuk Sabah bagi 2018 dengan lebihan hasil RM64.89 juta.

Pentadbiran Musa turut mengumumkan kutipan hasil mencecah RM4.169 juta, peningkatan 9.2% berbanding anggaran hasil 2017, sambil menggariskan keyakinan ekonomi negeri akan terus mengukuh.

“Dalam tempoh di antara 2011 ke 2016, pencapaian ekonomi Sabah semakin mengukuh dan mampan. Dalam tempoh tersebut ekonomi negeri telah bertumbuh pada kadar yang tinggi iaitu sebanyak 25%,” kata Musa di Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini.

Menurutnya, keluaran dalam negeri kasar (KDNK) Sabah menunjukkan peningkatan memberangsangkan daripada 59.3 bilion pada 2011 kepada RM73.8 bilion pada 2016.

“Kini ekonomi Sabah berada pada kedudukan ke-5 tertinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.”

Pembangkang Sabah khususnya pemimpin Warisan hanya pandai beretorik berbanding Musa Aman melakukan tindakan cemerlang memajukan Negeri Sabah.

April lalu Naib Presiden Parti Warisan Sabah iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan Datuk Jaujan Sambakong mendakwa kononnya Yayasan Sabah kini muflis dan tenat bagaimanapun Tan Sri Musa Aman selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah berkata dakwaan Jaujan adalah bohong, sama sekali tidak benar dan jelas telah mengelirukan sidang Dewan Undangan Negeri.

“Saya perlu menjernihkan keadaan dan membetulkan bahawa dakwaan itu adalah tidak benar. Yayasan Sabah mempunyai aset bernilai RM14 bilion dan wang tunai yang melebihi RM420 juta.".

 

3 Comments