Halang undi tidak percaya terhadap Tun M, Azmin jumpa MP BN di rumahnya
00:11 Nov 19, 2019  |  By SabahKini2
Halang undi tidak percaya terhadap Tun M, Azmin jumpa MP BN di rumahnya

Sudah terdapat desakan DAP dan PKR desak Tun M berhenti. Satu pertemuan diadakan di rumah Azmin Ali bersama MP BN bagi menghalang undi tidak percaya

PUTRAJAYA: Malam tadi kecoh dilaporkan sekumpulan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hadir ke kediaman Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Presint 10, Putrajaya. Kononnya atas majlis Kenduri dan makan malam.

Kenderaan milik wakil rakyat terbabit termasuk yang mempunyai jata Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri memasuki kediaman berkenaan dipercayai mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden PKR itu.

Wakil rakyat berkenaan dipercayai berada di situ sejak 7 malam sebelum beransur-ansur meninggalkan kediaman Mohamed Azmin mulai 11 malam dengan yang terakhir dilihat keluar ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Naib Presiden PKR, Zuraida Kamarudin.

Antara yang dilihat keluar ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamaruddin Jaffar; Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Mastura Mohd Yazid, Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) dan Datuk Seri Ismail Abd Muttalib (BN-Maran).

Ahli Parlimen Cameron Highlands (BN) Ramli Mohd Nor yang turut hadir ketika diminta mengulas lanjut mendakwa tiada apa-apa yang dibincangkan dalam pertemuan berkenaan.

Pemimpin lain yang turut hadir ialah Datuk Seri Ahmad Hamzah (Jasin); Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau); Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (Kuala Krau); Datuk Hasbullah Osman (Gerik).

Selain itu Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar); Datuk Jamaluddin Alias (Jelebu); Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang) serta Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong) yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO.

Pertemuan khas ini dilaporkan Mohamed Azmin bagi mendapatkan sokongan daripada sekurang-kurangnya 30 Ahli Parlimen BN bagi menafikan cubaan menjatuhkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melalui undi tidak percaya.

Sekiranya Azmin mendapat sokongan daripada 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional dan bergabung dengan kumpulan pro-Mahathir dalam Pakatan Harapan, apa-apa percubaan untuk mengguling Mahathir dan menggantikannya dengan Anwar akan gagal.

Pelawaan PPBM menyertai Muafakat Nasional

Semalam Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengajak Dr. Mahathir dan semua pemimpin PPBM menyertai Muafakat Nasional untuk bersama dengan BN dan Gagasan Sejahtera (GS) melakarkan agenda baharu membela maruah rakyat dan menyelesaikan masalah negara.

Annuar berkata cubaan meletakkan semua kesalahan kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad atas kekalahan calon mereka pada PRK Tanjung Piai Sabtu lalu adalah tanggapan yang salah. Kekalahan Karmaine Sardini dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng disebabkan kemarahan rakyat pada PH.

 

5 Comments