Adun PBS gasak Warisan, tangguh PSS masukkan dalam manifesto PRU
08:11 Nov 19, 2019  |  By SabahKini2
Adun PBS gasak Warisan, tangguh PSS masukkan dalam manifesto PRU

PBS terus mendesak kerajaan Warisan menangguhkan PSS kerana kesan buruknya lebih banyak menyebabkan lambakan warga asing di Sabah. Sepatutnya mereka dihantar balik bukan memberi perlindungan dokumen baru.

KOTA KINABALU: Adun PBS terus mengasak kerajaan negeri pimpinan Warisan agar pemberian Pas Sementara Sabah (PSS) ditangguhkan sehingga Pilihanraya Umum akan datang.

Adun Kiulu (PBS) Datuk Joniston Bangkuai menyuarakan pandangannya di Dewan Undangan Negeri Sabah semalam.

“Tangguhkan dahulu kemudian dimasukkan dalam manifesto pilihanraya umum bahawa sekiranya menang dan menjadi kerajaan, PSS akan diberikan.

“Lihat bagaimana reaksi rakyat,” katanya

Menurut Joniston warga Filipina yang memegang IMM13, Kad Burung-Burung dan Sijil Banci perlulah balik ke negara mereka

“Jika ikhlas ingin bekerja di sini, mereka perlu balik ke negara mereka barulah kembali ke dengan saluran yang betul,” katanya

Sementara itu Adun PBS Tampruli Datuk Jahid Jahim berkata tiada lagi keperluan bagi Pas Sementara Sabah (PSS) dilaksanakan pada tahun depan.

Menurut beliau percubaan Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur yang mengadakan program perjumpaan dengan rakyat Filipina di Kota Kinabalu baru-baru ini Nampak mengundang perasaan tidak senang dikalangan rakyat Sabah.

“Laporan akhbar menunjukkan hampir 500 warga Filipina datang sehari awal menunggu kaunter pendaftaran pihak kedutaan dibuka walaupun akhirnya terpaksa tidak diteruskan atas sebab-sebab tertentu,” katanya dalam ucapan perbahasan Bajet Negeri 2020 di Dewan Undangan Negeri di sini.

 

 

9 Comments