Sindiket penipuan kad data warga asing, Syarikat MMC milik Dato' Seri 'Sulu' tumpas lagi
23:11 Nov 25, 2019  |  By SabahKini2
Sindiket penipuan kad data warga asing, Syarikat MMC milik Dato' Seri 'Sulu' tumpas lagi

Sudah beberapa kali ditangkap dan didakwa di mahkamah tetapi syarikat milik Dato' Seri 'Sulu' ini tak pernah serik. Dulu SR Manpower Resources Sdn Bhd kini Mega Management Consultancy Sdn Bhd

KOTA KINABALU: Polis Sabah sekali lagi menumpaskan sindiket penipuan kad data warga asing milik 'Dato' Sulu' Dato' Seri Saad Hj Ani Pengerusi SR Manpower Resources Sdn Bhd dan Mega Management Consultancy Sdn Bhd selepas menahan enam individu termasuk pengarah syarikat anak Dato’ Seri itu dalam serbuan di sebuah premis di MidTown Plaza, Batu 3 1/2 Jalan Utara, Sandakan.

Serbuan pukul 4.20 petang pada 22 November lalu oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan turut merampas 1,301 keping kad data dokumentasi pekerja asing dianggarkan bernilai kira-kira RM1 juta.

 

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass berkata bertindak atas maklumat berkenaan cubaan penipuan pengumpulan dokumentasi data pekerja di Sabah oleh Mega Management Consultancy Sdn Bhd polis menjalankan serbuan di premis berkenaan.

 “Hasil serbuan itu, menahan empat lelaki dan dua wanita termasuk pengarah dan pekerja syarikat berkenaan yang sedang menjalankan kerja-kerja pendaftaran.

“Pemeriksaan lanjut di premis berkenaan merampas dokumen yang disyaki digunakan dalam proses penyediaan kad data dokumentasi pekerja asing Sabah.

“Antaranya 58 keping kad dokumentasi pekerja asing Sabah dan 1,224 keping kad maklumat warga asing. Kad ini dijual dengan harga RM800 sekeping dan setakat ini sebanyak 300 warga asing sudah mendaftar yang membabitkan nilai RM240,000,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Datuk Jauteh Dikun.

Zaini berkata, selain daripada kad yang dirampas, pihaknya turut menemukan beberapa barangan lain seperti pelbagai borang permohonan, resit buku dan empat set komputer dipercayai digunakan oleh suspek terbabit.

 “Siasatan mendapati syarikat ini  beroperasi di Sandakan sejak Mei 2019 dan menjalankan proses pengurusan membuat kad pekerja bagi warga asing.

“Kumpulan sindiket ini juga dikesan melakukan tiga kesalahan menipu sebelum ini dan pernah didakwa di mahkamah.

“Siasatan masih diteruskan dan semua suspek berusia 21 hingga 66 tahun direman selama empat hari mengikut Seksyen 402 /511 Kanun Seksaan atas kesalahan cubaan menipu,” katanya.

Portal Sabahkini2 sebelum ini telah melaporkan syarikat milik 'Dato' Sulu' Dato' Seri Saad Hj Ani Pengerusi SR Manpower Resources Sdn Bhd tidak pernah serik melakukan penipuan mengeluarkan kad pekerja asing kepada PATI di Sabah.

Dato' Seri 'Sulu' pro warisan aktif semula daftar PTI Sabah guna syarikat tipu SRM, MMC

Beliau dan syarikatnya sudah beberapa kali sebelum ini pernah didakwa di mahkamah tetapi terus kebal dan terus menipu warga asing.

[ARTIKEL BERKAITAN - Dato' Seri 'Sulu' pro warisan aktif semula daftar PTI Sabah guna syarikat tipu SRM, MMC ]

Baru-baru ini tular sekali lagi kad data dokumentasi pekerja asing Sabah yang diedar oleh MMC namun KDN dan Jabaran Imigresen telah menafikan penglibatan mereka. 

5 Comments