Engkar arahan Menteri projek Rundingan Terus kepada NAFAS, KSU redha di 'pool' ke JPA
00:11 Nov 26, 2019  |  By SabahKini2
Engkar arahan Menteri projek Rundingan Terus kepada NAFAS, KSU redha di 'pool' ke JPA

Selepas kontroversi isu projek NAFAS RM1.4B. Hanya dua yang paling berkuasa di kementerian iaitu Menteri dan KSU. Akhirnya jalan paling selamat ialah KSU dituduh bersalah dan di 'pool' ke JPA.

KUALA LUMPUR – Akibat menunaikan dasar Kerajaan Pakatan Harapan bahawa tiada lagi perolehan Rundingan Terus dalam projek kerajaan akhirnya Dato’ Mohd Sallehhuddin Hassan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian Industri Asas Tani dipindahkan ke Jawatan Penempatan Khas (dibeku), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkuatkuasa serta merta.

Perpindahan KSU Kementerian sejajar dengan kuasa Menteri di baawah AKta Fungsi Menteri 1969 menentukan dasar di Kementerian mengikut caranya.


Jika Penjawat Awam seperti KSU tidak boleh mendengar arahan Menteri, menteri boleh membuat keputusan menggantikan pegawai yang dia mahu.

Kebocoran maklumat tender Projek RM1.4B di parlimen menjadi medan terbuka perang Pemimpin PH terhadap penjawat awam KSU MOA. Menteri daripada Parti Amanah saling tuduh menuduh bahawa penjawat awam sabotaj projek NAFAS itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Sebelum dipindahkan minggu depan, KSU MOA Dato' Sallehuddin dedah projek NAFAS RM1.4B?]

Walauapapun alasan antara Menteri dan Ketua Setiausaha pasti mereka mempunyai alasan tersendiri walaupun pada hakikatnya KSU dalam Kementerian mesti mendapat kebenaran daripada Menteri mengenai semua projek kementerian. Mesyuarat Pengurusan Kementerian Pertanian dan juga Jawatankuasa Pemantauan Projek Kementerian Pertanian dan Indusri Asas Tani yang di Pengerusikan oleh Menteri MOA tak mungkin tidak tahu projek dalam kementerian.

Bagaimanapun dalam satu kenyataan bekas KSU MOA yang tular beliau reda dengan keputusan itu dan menyifatkan ada hikmah di sebalik ketentuan yang ditetapkan tuhan.

“Assalamu’alaikum dan salam sejahtera semua.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, setiap yang bermula pasti ada pengakhirnya. Suka saya maklumkan bahawa perkhidmatan saya sebagai Ketua Setiausaha Kementerian telah tamat bermula pada 22 November 2019.

Sepanjang tempoh perkhidmatan saya di MOA bermula pada Februari 2014 sebagai SUB Pembangunan diikuti sebagai KP LKIM bermula Mei 2015, TKSU Dasar bermula Februari 2016 dan sebagai KSU pada 2 Julai 2018, saya telah memberikan yang terbaik dalam memastikan MOA menjadi satu kementerian yang dipandang tinggi dan ditadbir urus dengan baik. Di samping itu, tanggung jawab untuk menjamin sekuriti makanan, meningkatkan pendapatan golongan sasar dan pendapatan negara telah kita semua gembeling dalam satu team MOA yang kukuh. Saya tidak pernah kesal apatah merasa penat dalam menyumbang khidmat bakti dan terlah memberikan keseluruhan masa dan tenaga saya demi melaksanakan tanggung jawab yang diberikan. Alhamdulillah, saya telah dikurniakanNya tenaga dan kesihatan untuk terus bergerak 24/7, 365 hari setahun non-stop.

Kita hanya merancang, Dia yang menentukan. Apa yang terjadi adalah di atas kehendaknya dan ada hikmah di sebaliknya. Saya redha dan menerima keputusan ini dan mendoakan semoga agar sinar pencerahan. Hanya Allah yang mengetahui dan masa akan menentukan segala-galanya. Kita kerja kerana Allah dan rezeki ada di mana-mana.

Saya berharap kepada rakan-rakan semua supaya terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada MOA dan sokongan tidak berbelah bagi kepada kerajaan dan YB Menteri, Timbalan Menteri serta bakal KSU kelak.

Semoga kita bertemu lagi pada masa akan datang.

Wassalam

KERJA KERJA KERJA !!!!!!

TRUSTBELIEVESUPPORT

Sallehhuddin

 

1 Comment