Pecat Ketua Cabang PKR: SPRM mengaku khilaf hantar surat pada PKR
22:11 Nov 26, 2019  |  By SabahKini2
Pecat Ketua Cabang PKR: SPRM mengaku khilaf hantar surat pada PKR

Bukan menjadi polisi kepada SPRM membuat laporan kepada mana-mana parti politik berhubung salah laku anggotanya.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengakui terdapat kekhilafan yang dilakukan oleh Ketua Cawangan Laporan SPRM (LSPRM) menerusi sepucuk surat kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki menerusi kenyataan media pada Isnin memaklumkan, laporan salah laku hanya akan dihantar kepada agensi dan kementerian kerajaan persekutuan atau negeri sahaja.

"Mengikut garis panduan tatatertib (yang perlu diikuti SPRM) tindakan ini tidak tertakluk kepada mana-mana parti politik.

"Bukan menjadi polisi kepada SPRM untuk membuat laporan sedemikian kepada mana-mana parti politik berhubung salah laku anggotanya.

"Justeru, SPRM akan menghantar surat pemakluman ini kepada Pengerusi Lembaga Tatatertib PKR untuk diperjelaskan kekhilafan ini agar tidak timbul salah faham pada masa akan datang," katanya.

Kedua-dua mereka didakwa terbabit dalam isu rasuah ketika pemilihan parti itu tahun lalu dan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Ahmad Kassim pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti pada Ahad lalu mengumumkan pemecatan mereka.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata pihaknya sebelum ini mendapat surat daripada SPRM pada 23 Oktober 2019 yang menasihati mereka agar meneliti dakwaan terhadap dua ahli mereka.

Siasatan SPRM berhubung perkara itu dibuat susulan laporan yang difailkan oleh penyelaras Pemuda PKR (AMK), Ahmad Syukri Che Ab Razak pada September tahun lepas.

Zakaria, yang juga anggota MPP PKR, dikatakan telah menawarkan kontrak bernilai RM20,000 dan peruntukan berjumlah sekurang-kurangnya RM300,000 dalam satu pertemuan dengan pemimpin tempatan pada 1 Sept, ketika beliau bertanding kerusi majlis kepimpinan pusat PKR.

Zakaria merupakan bekas setiausaha politik Menteri Kerja Raya, Baru Bian

 

1 Comment