Azmin sahkan rasmi pembukaan Kongres Wanita kata Hilman
12:11 Nov 30, 2019  |  By SabahKini2
Azmin sahkan rasmi pembukaan Kongres Wanita kata Hilman

Kemelut siapa rasmi majlis siapa dalam PKR akhirnya selesai. Datuk Seri Azmin akan rasmi perasmian pembukaan Wanita dan AMK. Datuk Seri Dr Wan Azizah hanya perasmian penutup AMK

SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, mengesahkan akan merasmikan pembukaan Kongres Nasional Tahunan Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat 2019 dijadualkan berlangsung di Melaka pada 5 Disember ini.

Setiausaha Politik kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu, Muhammad Hilman Idham, Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pula akan akan merasmikan perasmian penutup Kongres Nasional Tahunan AMK Pusat.

“Datuk Seri Azmin akan rasmi perasmian pembukaan Wanita dan AMK. Datuk Seri Dr Wan Azizah hanya perasmian penutup AMK,” katanya ketika dihubungi.

Muhammad Hilman yang juga Timbalan Ketua AMK, berkata pihaknya juga sudah menghantar surat pengesahan kehadiran Mohamed Azmin untuk merasmikan kongres nasional kedua-dua sayap PKR itu.

Beliau turut berkongsi surat berkenaan yang dihantar kepada Setiausaha Majlis Pimpinan Wanita Pusat PKR, Gan Pei Nei, bertarikh 30 Oktober lalu yang antara lain memaklumkan Mohamed Azmin sudah bersetuju untuk hadir merasmikan kedua-dua program berkenaan pada 5 Disember ini pada jam 8.30 malam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Surat pengesahan kehadiran Mohamed Azmin.

 

Bagaimanapun, kenyataan Muhammad Hilman itu berbeza dengan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil pada sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, pagi tadi, yang menyatakan PKR sudah memutuskan Kongres Nasional Tahunan Wanita akan dirasmikan oleh Mohamed Azmin manakala Kongres Nasional Tahunan AMK pula dirasmikan Dr Wan Azizah.

Fahmi juga dilaporkan berkata, Mohamed Azmin belum mengesahkan kehadirannya.- BH Online

Comment