Anifah tak terkejut keputusan mahkamah batal Kimanis
17:12 Dec 02, 2019  |  By SabahKini2
Anifah tak terkejut keputusan mahkamah batal Kimanis

Anifah sudah menjangka keputusan Mahkamah Persekutuan memandangkan beberapa hakim yang sama di mahkamah rayuan terlibat dalam penghakiman kali ini

KOTA KINABALU: Bekas menteri luar, Anifah Aman tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan kemenangannya di kerusi Parlimen Kimanis pada Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lalu tidak sah dan terbatal.

Katanya, beliau belum memutuskan sama ada akan bertanding semula dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan nanti.

“Saya akan berehat dan berjuang untuk hak Sabah. Saya tidak perlu menjadi ahli Parlimen untuk berjuang bagi hak kami,” katanya 

Anifah ahli parlimen bebas kecewa dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya “kerana orangnya yang gagal”.

Mahkamah Pilihan raya bersetuju dengan pempetisyen, Karim Bujang daripada Warisan berhubung salah laku ketika SPR mengendalikan Borang 13 dan 14 yang menjejaskan kira-kira 341 kertas undi.

Mahkamah bagaimanapun membersihkan nama Anifah daripada tuduhan rasuah.

Pada PRU14, Anifah memenangi kerusi Kimanis dengan majoriti tipis 156 undi dalam pertandingan 3 penjuru, selepas mendapat 11,942 undi berbanding Karim yang meraih 11,786 undi dan calon Parti Harapan, Jaafar Ismail yang memperoleh 1,300 undi.

Anifah berkata, beliau akan berbincang dengan peguamnya untuk memutuskan tindakan lanjut.

Comment