Yayasan Akalbudi: Jabatan Kimia sahkan bukan Ahmad Zahid tandatangan cek
01:12 Dec 03, 2019  |  By SabahKini2
Yayasan Akalbudi: Jabatan Kimia sahkan bukan Ahmad Zahid tandatangan cek

Mahkamah mendedahkan cek Yayasan Akal Budi menggunakan ‘cop tandatangan’ tanpa pengetahuan Ahmad Zahid. Jabatan Kimia juga mengesahkan ia bukan tandatangan Ahmad Zahid. Saksi GS Anoop Singh Naib Presiden Maybank, juga setuju bukan tandatangan Ahmad Zahid

Di dalam perbicaraan semalam pihak pasukan  peguam Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang diketuai oleh Tuan Haji Hisham Teh Poh Teik mengetengahkan kepada mahkamah fakta-fakta berikut

1. Bahawa cek-cek yang di katakan digunakan untuk pembayaran kredit kad milik Ahmad Zahid tidak di tandatangani! tetapi di copkan dengan tandatangan yang menyerupai tandatangan Ahmad Zahid. (Cop begini hanya biasa di gunakan untuk mengecop pada sijil penghargaan, kad hari raya, dan sebagainya untuk majlis sosial)

2. Pihak peguam juga mengetengahkan bahawa cek-cek asal yang mempunyai cop tandatangan itu telah di hantar ke Jabatan Kimia Malaysia. Hasil daripada analisa Penganalisa Tandatangan tersebut mendapati bahawa oleh kerana cek-cek itu di cop, Penganalisa itu tidak dapat mengesahkan tandatangan tersebut milik DSZ kerana ia adalah di cop!

Surat Jabatan Kimia yang dihantar kepada KP SPRM

3. Pihak peguam juga menyatakan bahawa Ahmad Zahid mempunyai seorang pembantu peribadi yang bertugas untuk mengisukan cek-cek bagi pembayaran ini. Sejak awal lagi Ahmad Zahid juga konsisten di SPRM (Sejak 2018) dengan menyatakan bahawa terdapat kesilapan oleh pembantunya ketika itu Mejar Mazlina yang cuai dengan mengisukan cek Yayasan untuk pembayaran kredit kad tersebut, yang mana sepatutnya cek peribadi yang di isukan!

Persoalan?

1. Bagaimana bank yang menguruskan cek-cek Yayasan ini boleh melepaskan pembayaran tersebut walaupun bukan tandatangan asal pada cek-cek tersebut? Semakan juga mendapati bahawa Sample Signature pada Borang Pembukaan Akaun Yayasan terebut adalah tandatangan asal dan bukan tandatangan cop? Pada peringkat ini kecuaian mungkin timbul pada pihak Bank dalam mengendalikan cek-cek tersebut.

2. Mejar Mazlina ini dalam mengisukan cek-cek Yayasan untuk pembayaran ini, apakah motifnya? Pastinya beliau tahu bahawa pengisuan cek-cek Yayasan untuk bayar kredit kad persendirian adalah salah, namun tetap di isukan jua? Adakah beliau yang buat laporan pada SPRM berkenaan isu ini? Jika ya apa motif isu cek yayasan kemudian buat laporan kepada SPRM? Perlu berhati2 dalam mendengar keterangan Mej Mazlina nanti.

Media Massa hari ini ketengahkan fakta yang adil pada jam 2.35pm ketika saksi Anoop Singh dari Maybank menjawab soalan peguam Tuan Haji Hisham Teh Poh Teik berkenaan cek tidak ditandatangan. 

[ARTIKEL BERKAITAN- https://m.malaysiakini.com/news/502071

https://www.theedgemarkets.com/article/zahid-did-not-sign-cheques-repay-credit-card-debt-%E2%80%94-defence-lawyer

https://www.themalaysianinsight.com/s/202738

https://www.thesundaily.my/local/signatures-on-cheques-to-pay-ahmad-zahid-s-credit-cards-were-made-using-a-stamp-FE1699698

http://www.bernama.com/en/general/news.php?id=1795475

https://malaysiagazette.com/2019/12/02/yayasan-akalbudi-bukan-zahid-yang-tandatangan-bayar-kad-kredit/

Bukan Sahaja MKINI melaporkan fakta ini, The Edge, Bernama, TheSunDaily dan MalaysiaGazette juga turut melaporkan berkenaan cek-cek yang tidak ditandatangani ini. Tahniah diucapkan kepada pemberita-pemberita di mahkamah yang berani dalam melaporkan kes ini!

Namun ada juga media yang spin berkenaan perbelanjaan kredit kad Ahmad Zahid yang dikatakan terlalu besar. Fokus mereka ini dah lari, fakta berkenaan apa perbelanjaan, berapa banyak perbelanjaan, untuk apa perbelanjaan dsbnya tidak dituduh, perlu di ingati bahawa pertuduhan ke atas Ahmad Zahid adalah kerana menggunakan wang Yayasan (yang mana dia adalah sumber utamanya) untuk bayar kredit kad tersebut! pastinya bukan kerana berbelanja menggunakan kredit kad tersebut. Sekali lagi kaki-kaki spin di sebelah sana bias terhadap Ahmad Zahid, sedangkan pendedahan (the bigger headline) lebih besar adalah pastinya CEK-CEK BAYAR KREDIT KAD TERSEBUT TIDAK DI TANDATANGAN AHMAD ZAHID!

 

Berikut Pemeriksaan balas Saksi pendakwaan ke-9 - Naib Presiden Malayan Banking Berhad (Maybank), GS Anoop Singh Gulzara Singh oleh peguam bela, Hisham Teh Poh Teik.

Poh Teik mendedahkan enam cek yang diguna oleh Ahmad Zahid untuk bayaran kad kredit tidak ditandatangi oleh Ahmad Zahid. Sebaliknya, dakwa peguam bela itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah, kesemua tandatangan pada cek Maybank itu menggunakan ‘cop tandatangan’ tanpa pengetahuan Ahmad Zahid.


GS Anoop Singh Gulzara Singh- Hanya mampu berkata tak tahu

Hisham: Adakah anda tahu atau tidak Datuk Ahmad Zaid tidak mengecop sendiri tandatangan beliau dan membayar kepada anda (Maybank) dalam enam cek itu?

Anoop: Tidak tahu.

Hisham: Daripada laporan ini, enam cek yang telah disebutkan oleh anda ini bukan hasil tandatangan Datuk Ahmad Zaid.

Anoop: Ya, nampak seperti itu.

Hisham: Saya juga cadangkan kepada anda pemegang kad Maybank, Ahmad Zahid tidak cop enam cek itu? Anda tahu atau tidak tentang ini?

Anoop: Saya tidak tahu.

Hisham: Saya juga mahu cadangkan, enam cek ini sebenarnya telah dicop sendiri oleh pembantu peribadinya, Mejar Mazlina Mazlan? Tahu atau tidak?

Anoop: Tidak tahu.

Hisham: Saya cadangkan kepada anda, ketika enam cek ini dicop, pemegang kad kamu iaitu Datuk Ahmad Zahid tidak tahu pembantunya telah mengecop cek-cek tersebut. Kamu tahu atau tidak?

Anoop: Tidak tahu.

Hisham: Satu lagi cek yang dipulangkan oleh Maybank yang tidak ada tandatangan juga telah di uruskan oleh Mejar Mazlina. Anda tahu?

Anoop: Tidak.

Pada hari keempat perbicaraan,, Anoop Singh mendedahkan, Ahmad Zahid mengeluarkan lapan cek tempatan berjumlah RM65,321.83 untuk membayar kad kredit dan kad caj American Express (AMEX) antara Februari 2014 dan Julai 2015.

Anoop Singh berkata, cek berkenaan dibayar kepada Maybank Card Centre antara 19 Februari 2014 dan 9 Julai, 2015.

“Enam pembayaran dibuat antara 19 Februari dan 29 Oktober 2014 bagi Mastercard Gold dan Visa Platinum.

“Satu pembayaran dibuat pada 20 Mac, 2015 bagi Visa Platinum dan satu pembayaran dibuat pada 9 Julai, 2015 untuk AMEX Platinum,” kata saksi pendakwaan kesembilan itu.

Beliau berkata demikian semasa membaca pernyataan saksi ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Lee Keng Fatt pada perbicaraan 21 November lepas.

Hisham turut merujuk laporan Jabatan Kimia Malaysia bertarikh 28 Februari 2019 yang menyatakan bahawa daripada semua cek yang dihantar untuk dinilai dengan kesimpulan sebanyak 32 cek didapati bukan dihasilkan menggunakan tulisan tangan.

Ia juga membabitkan antara enam cek yang telah dikemukakan Anoop Singh dalam pernyataan bertulisnya sebelum ini.

 

4 Comments