Ekspo Tatu bogel: Netizen 'bodohkan' Pegawai Khas Menteri KPDNHEP sokong tunjuk 'tetek', punggung!
13:12 Dec 03, 2019  |  By SabahKini2
Ekspo Tatu bogel: Netizen 'bodohkan' Pegawai Khas Menteri KPDNHEP sokong tunjuk 'tetek', punggung!

Selepas dikecam netizen, Menteri MOTAC bertindak tegas namun Pegawai Khas Menteri KPDNHEP pula cuba memesongkan fakta mengenai isu Ekspo Tatu bogel. Yang menjadi isu bukan budaya tatu tetapi penganjurannya yang tidak menepati garis panduan MOTAC.

KUALA LUMPUR – Disaat Datuk Mohamaddin Ketapi Menteri Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC)  mengecam penganjur Tattoo Malaysia Expo 2019 seperti tiada garis panduan menampilkan susuk tubuh wanita hampir telanjang hanya ditutup dengan seluar dalam tampil pula seorang Pegawai Khas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mempertahankan pertunjukan bogel itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Menteri nafi ekspo tatu 'bogel' dianjurkan Kementerian Pelancongan ]


Leeroy Ting Kah Sing Pegawai Khas Menteri KPDNHEP

Pegawai Khas itu memuat naik status di entri Twitter, Leeroy Ting Kah Sing menggunakan aktor kelahiran Malaysia, Henry Goldin daripada etnik Iban yang mempunyai tatu 'Bunga Terung'.

"Kalau kamu tak bersetuju, tiada orang paksa kamu bawa anak-anak dan isteri pergi tengok pun," ciapnya

Leeroy juga memberitahu, ekspo tatu seperti itu sudah lama diadakan di Sarawak sejak dahulu lagi.

"Tiada masalah pun sebab orang Sabah dan Sarawak sedar kepelbagaian di negara ini lebih luas daripada halaman rumah kamu," katanya.

Leeroy anak kelahiran Sarawak memuat naik beberapa keping poster memaparkan Sabah Tattoo Ekspo 2017.

Bagaimanapun ciapan beliau itu mendapat kecaman teruk daripada netizen selepas dilaporkan oleh Sinar Harian.

Sejak 9 jam yang lalu facebook rasmi Sinar Harian memuat naik artikel 'Di Sabah dan Sarawak, tatu adalah biasa' memetik kenyataan Pegawai Khas Menteri tu sudah mendapat 1200 tanda suka, 1500 komen dan 296 perkongsian dengan 95 peratus komen-komen itu mengutuk kenyataan pegawai khas Menteri KPDNHEP itu.

 

 

Mohamaddin Ketapi sebelum ini berkata, kementerian berkenaan tidak pernah memberi sebarang kelulusan untuk acara peragaan separuh bogel.

“Adalah mustahil untuk meluluskan sebarang permohonan penganjuran yang ada elemen lucah seperti itu sebab itu bukan budaya Malaysia lebih-lebih lagi apabila majoriti rakyatnya beragama Islam.

“Ia juga tidak mempamerkan wajah sebenar Malaysia yang penuh kesopanan dan kesusilaan,” katanya.

Menteri nafi ekspo tatu 'bogel' dianjurkan Kementerian Pelancongan
Menteri MOTAC menafi keras kementeriannya menaja Tatoo Malaysia Ekspo 2019

 


Kenyataan Menteri MOTAC sudah jelas

Menteri juga sedia maklum mengenai Ekspo dianjurkan sebelum ini di Sabah dan Sarawak tetapi tiada insiden bogel keterlaluan ini. Setakat ini tiada gambar bogel seumpama itu ketika penganjuran di Sabah dan Sarawak.

Malah bekas Menteri seperti Tan Sri Rais Yatim mempersoalkan jika Ekspo itu bertujuan boleh menarik pelancong dengan tidak mencerminkan budaya Malaysia sebenar. Katanya bukanlah cara menunjuk punggung dan badan bertatu.


Bukan Sebab Budaya Tatu, netizen persoal bogel, tayang tetek dan punggung

Rata-rata netizen dalam komen itu mempersoalkan kenyataan Pegawai Khas Leeroy itu bahawa isunya bukan sebab budaya tatu. Malah mereka sedia maklum tentang ekspo tatu itu yang sebelum ini pernah dianjurkan di Sabah dan Sarawak.

Antara gambar yang tular dalam media sosial

Netizen mempersoalkan penganjuran di Kuala Lumpur itu tanpa garis panduan yang jelas daripada Kementerian Pelancongan sehingga menampilkan aksi separuh bogel dengan menampilkan wanita dan lelaki yang bukan lagi dianjurkan secara tertutup.

“Orang Sabah Sarawak pun cerdik tak macam kau. Diorang pun tahu malu datang KL pandai cover. Tak de pula naik kapal terbang separuh bogel..bodoh kata Noora Abdullah 

Menurut Jerprie Miri “Kena faham Sabah Sarawak dia buat kerana adat dan warisan. Yang kau buat tatu sampai nampak dubur dan belah PXXX tu bukan warisan dan adat jangan jadi tolol bang”.

“Ada kau nampak orang Iban yang penuh tatu berbogel sana sini? Bodoh tak boleh diajar!!!” kata Alok 

“Nenek moyang saya Iban. Memang ada tatu tapi ada tertib budaya sopan adatnya. Tatu untuk tunjukkan keberanian dan tatu untuk halau makhluk halus. Bukan seperti diexplotasikan oleh bangsa lain untuk pertunjukan separuh lucah sebegitu di negeri kita. Pihak penganjur nak dapat keuntungan kah?. Kata Sulaiman Ibrahim 

Kata Mumtaz Haris  “Sabah Sarawak bertatu tu kami faham. Itu sebahagian daripada adat resam serta agama. Dan tatu yang dipakai oleh suku kaum di Sabah Sarawak mempunyai maksud serta tujuan tertentu mengikut kepercayaan mereka.

“Yang orang persoalkan sebab program tu tak promosi budaya sesuatu kaum pun.Lebih kepada keseronokkan serta moraliti yg langsung tidak menggambarkan kaum serta kepercayaan kaum di Sabah Sarawak. Hampir telanjang bangga tunjuk tatu di khalayak ramai dalam program terbuka dengan mengaibkan kementerian” .

Leeroy sehingga digelar 'bodoh'. Isu utama bukan budaya tatu tetapi persembahan bogel dikhalayak secara terbuka

Datuk Mohammadin Ketapi Menteri MOTAC sudah mengambil keputusan untuk siasatan malah penganjur turut dipanggil polis jadi apa perlukan Leeroy Ting selaku Pegawai Khas Datuk Seri Saifuddin Nasution ini menyanggah lagi keputusan Menteri PH.

Leeroy sepatutnya selaku penjawat awam akur dan menerangkan dari sudut budaya bukan menyokong tatu ditayangkan dengan mempamerkan tetek, dubur atau sedikit lagi mahu berbogel.

Malah Syarikat Blackout Trading yang menganjurkan Tattoo Malaysia Expo 2019 pada hujung minggu lalu mengaku salah dan memohon maaf.  Mereka berkata “mengambil tanggungjawab dan akauntabiliti sepenuhnya atas kesulitan yang timbul” dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama.

Kenyataan Leeroy tanpa merujuk isu sebenar memburukkan majikannya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sendiri seolah-olah terdapat campur tangan dari pegawai kementerian lain. Sedangkan isu-isu di KPDNHEP juga jauh lebih banyak berlambak untuk diterangkan kepada rakyat.

Datuk Seri Saifuddin Nasution sepatutnya memecat atau memberhentikan saja pegawai jenis berlagak pandai semua tempat ini. Tidak bermakna Leeroy sebagai bekas Felo perdana di pejabat Tun Dr Mahathir dia bagus. Nampaknya memalukan kerajaan PH sahaja.

Penjawat awam sepertinya apatah lagi Pegawai Khas Menteri dia tidak seharusnya bergaduh dengan rakyat. Dia sepatutnya membantu Menteri untuk sokongan rakyat tetapi sebaliknya. 

Sehingga kini Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismai belum memberi apa-apa komen mengenai sikap Pegawai Khasnya yang kontroversi di laman sosial.

5 Comments