Anifah fail semakan kehakiman, saman SPR
08:12 Dec 08, 2019  |  By SabahKini2
Anifah fail semakan kehakiman, saman SPR

Peguam Anifah Aman bersetuju mengkaji dua tindakan. Semakan kehakiman dan saman SPR menuntut ganti rugi kegagalan SPR mengurus pilihanraya

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anifah Aman mahu menyaman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana didakwa gagal mengendalikan Pilihan Raya Parlimen Kimanis pada 9 Mei tahun lalu undang-undang dan peraturan pilihan raya.

Dalam satu kenyataan, pembantunya James Ligunjang berkata, peguam Anifah kini sedang mengkaji pilihan yang boleh dilakukan oleh ahli politik itu selepas kemenangannya di Kimanis dibatalkan minggu lalu, dan ia termasuk memfailkan semakan kehakiman.

“Selepas keputusan Isnin lalu di Makhamah Rayuan Persekutuan, peguam- peguam Anifah Aman bersetuju untuk mengkaji dua tindakan.

“Pertama membuat permohonan semakan kepada Makhamah Persekutuan agar keputusan pada Isnin lalu di ketepikan,” kata Ligunjang.

Tambahnya, tindakan kedua adalah memfailkan tuntutan ganti rugi ke atas SPR ekoran kegagalan dan kecuaian badan itu mempertahankan keputusan pilihan raya daripada tuduhan yang terkandung dalam petisyen pilihan raya.

Pada 2 Disember lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya, yang menolak kemenangan Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi Parlimen Kimanis pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara menolak rayuan Anifah selepas mendapati Hakim Mahkamah Pilihan Raya tidak terkhilaf dalam membuat penemuan fakta.

Tengku Maimun dalam penghakimannya berkata, Hakim Mahkamah Pilihan Raya tidak terkhilaf apabila mendapati terdapat banyak percanggahan dan tindakan yang tidak mematuhi undang-undang pilihan raya, yang akhirnya memberi kesan kepada hasil keputusan pilihan raya.

Keputusan itu membuka jalan bagi pilihan raya kecil (PRK) yang bakal diadakan bagi kerusi Kimanis tidak lama lagi.

1 Comment