Jual nama 'Istana' dapat permit lombong pasir, siapa 'Johari' yang diluluskan PTG, MB Terengganu?
02:12 Dec 09, 2019  |  By SabahKini2
Jual nama 'Istana'  dapat permit lombong pasir, siapa 'Johari' yang diluluskan PTG, MB Terengganu?

Selepas beberapa negeri diberi rundingan terus AP Pasir termasuk syarikat RM2.00 kini permit lombong pasir turut diberi kepada individu bukan syarikat.Di Besut individu 'misteri' dibantu YDP Majlis Daerah Besut dapat permit lombong pasir. Siapakah beliau?

Menjadi tanda tanya misteri siapakah individu bernama Johari bin Mohd @Mohammed yang telah dianugerahkan permit pengambilan pasir di Muara Sungai Keluang Daerah Besut seluas 20 hektar yang diluluskan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar Menteri Besar Terengganu yang juga memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Pelaburan, Tanah dan Sumber Asli.

Kebiasaannya kebanyakan pemohon adalah melalui syarikat namun kini atas nama Johari bin Mohd beliau berjaya mendapat kelulusan tanah PT 8095 melalui  kelulusan Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) kali 30/2019 pada 9 Oktober 2019.

Siapakah individu ini? Pemimpin PAS Negeri? keluarga MB Terengganu atau punya hubungan rapat dengan pegawai agensi negeri seperti Pejabat Pengarah Tanah dan galian Terengganu, YDP Majlis Daerah Besut dan Pejabat  Daerah dan Tanah Besut?.

Menurut sumber dalaman Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, Ahmad Azizi Zulkufli adalah orang kuat disebalik  kelulusan nama Johari bin Mohd @Mohammed. Apakah hubungannya dengan Johari? Semua urusan agensi PTG, pejabat daerah tanah Besut dan fail mesyuarat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) termasuk kelulusan MB diuruskan oleh Ahmad Azizi Zulkifli.Apakah Azizi terlibat dalam projek ini? Apa kepentingan beliau?

Terdapat desas-desus kononnya Johari Mohd @Mohammed ‘menjual’ nama istana untuk mendapatkan kelulusan tanah dari MB Terengganu dan juga PTG Negeri.

Tidak mungkin permohonan individu mudah untuk mendapat kelulusan permit pengambilan pasir jika dilihat dari segi prosedur dan garis panduan pemprosesan permohonan pengambil pasir sungai. Berdasarkan syarat-syarat ketat itu tentunya seorang pengusaha pasir memerlukan modal yang besar.  Kelulusan tanah ini pun nampak tergesa-gesa iaitu pada 9 Oktober 2019. 

Berdasarkan kedudukan tanah ini berdekatan dengan laut penama permit pengambilan pasir nampaknya lebih cenderung bakal menjual permit pengambilan pasir ini. Kelayakan dan kemampuan individu ini juga dipersoalkan.

Strateginya adalah individu ini akan memohon AP eksport pasir sebagaimana kelulusan Menteri sebelum ini kepada syarikat RM2.00

[ARTIKEL BERKAITAN- Lagi Menteri luluskan AP Eksport pasir secara ‘rundingan terus’ kepada syarikat RM2.00! ]

Apakah individu ini ada kaitan dengan Pegawai atau kroni Menteri Besar atau Menteri KATS? Mereka mendapatkan kelulusan kerajaan negeri sebelum di bawa kepada Dato' Dr. Xavier Jayakumar Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli. Di Kedah dan Perak nampaknya sudah diluluskan oleh pejabat Menteri. Kini tak lama lagi Terengganu  Negeri Kerajaan PAS.

Kedah- Pemakluman kelulusan AP Pengeksportan pasir keluar negara oleh Dr Gerald Sundaraj Setiausaha Sulit Kanan Menteri Air,
Tanah dan Sumber Asli bertarikh 5 September 2019
rujukan KATS.PM.100-4/3/6 Jld.5 (17) di alamatkan kepada
Mohammad Sollahuddin Che Omar Pengarah Ocean Serenity Sdn Bhd. 

Atau Perak yang telah diluluskan MB Perak sebelum diluluskan Menteri KATS

 

1 Comment