(VIDEO) Anwar arah Azilah buat pengakuan bersumpah palsu tuduh Najib, Rosmah bunuh Altantuya- Bekas Peguam
16:12 Dec 16, 2019  |  By SabahKini2
(VIDEO) Anwar arah Azilah buat pengakuan bersumpah palsu tuduh Najib, Rosmah bunuh Altantuya- Bekas Peguam

Bekas Peguam Anwar dedah Anwar menyuruhnya merekacipta bukti mendapatkan surat pengakuan bersumpah Azilah menuduh Najib dan Rosmah membunuh Altantuya. Hamidah Pesuruhjaya Sumpah dalang Anwar terima SD Azilah di penjara?

 

Datuk Zulkifli Noordin bekas peguam Anwar berkata beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu bersubahat mengikut telunjuk Anwar Ibrahim dengan mereka-cipta bukti palsu.

Campur tangan Anwar berlaku ketika Zulkifli menjadi peguam bela Cif Inspektor Azilah Hadri, pegawai polis yang dituduh membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada Oktober 2006.

Menurutnya, sepanjang menjadi peguam Azilah, tidak ada satu bukti yang sahih yang boleh mengaitkan pembunuhan Altantuya dengan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, namun Anwar tetap mendesaknya agar mereka-cipta bukti palsu untuk mengaitkannya

“Saya peguam Inspektor Azilah yang dikatakan bunuh Altantuya itu. Masa itu (juga) saya peguam Anwar Ibrahim.

“Tuan-tuan ingat, kalau Azilah cakap kat saya (bahawa) Najib terlibat, saya tak(akan) guna (bukti pengakuan itu) masa itu.

“Walaupun Anwar Ibrahim suruh saya, paksa saya ‘dapatkan itu’ dan isytihar kata Najib terlibat, saya kata saya tidak tergamak.

“Ini kes tuduh orang bunuh tau. Saya tak dengar sendiri (dari mulut Azilah), malahan Azilah bersumpah, dia kata Datuk Seri Najib tidak tahu langsung, dia tak tahu langsung, tak ada kena mengena sikit pun.

“Saya ditekan (Anwar) lagi, suruh dia (Azilah) mengaku, dapatkan surat sumpah, suruh dia mengaku Najib terlibat, Rosmah pun terlibat,”dedahnya ketika berceramah di Bentong, Pahang, 3 Feb.

Berdasarkan hasil semakan dan siasatan yang dibuat sendiri oleh Zulkifli, dakwaan yang mengatakan Rosmah berada di tempat pembunuhan, di Puncak Alam, Shah Alam pada hari kejadian adalah fitnah semata-mata.

“Nasib baik masa itu Allah jaga saya, Dia suruh saya semak. Bila semak Datin Seri Rosmah berada di Tabung Haji, buka puasa dengan anak yatim..Ada gambar dia, ada bukti dia.

“Saya kata macam mana nak tuduh Datin Seri Rosmah yang bunuh Altantuya, bukti jelas dia bersama anak yatim malam itu, pada bulan Ramadhan.”

Menurutnya lagi, walaupun tiada bukti, namun Anwar tetap berkeras mengarahkannya mencari bukti palsu untuk mengaitkan dengan Najib dan Rosmah.

“Awak buat juga, cari jalan supaya Rosmah dan Najib dituduh membunuh Altantuya.

“Saya kata, saya tidak boleh terima (arahan) ini, saya tarik (diri),”katanya lagi.

Zulkifli meletakkan jawatan sebagai peguam bela Azilah pada pertengahan tahun 2009 yang berpunca daripada campur tangan pihak ketiga.

Ketika bercakap dalam Dewan Rakyat, pada 24 Mac 2010, Zulkifli buat pertamanya mendedahkan beliau ditawarkan ganjaran besar untuk memfitnah Najib dan isterinya Rosmah Mansor untuk mengaitkannya dengan pembunuhan itu.

Ketika itu Zulkifli tidak menyatakan nama pihak yang membuat tawaran itu tetapi menyifatkannya sebagai tawaran yang “boleh menggoyahkan iman” daripada pihak yang terbabit dengan “pakatan fitnah” tersebut.

“Sebab itulah saya menarik diri daripada terus mengendalikan kes tersebut kerana adanya gangguan daripada pihak ketiga yang menyebabkan mustahil untuk saya terus bertindak secara profesional sebagai peguam bela kes tersebut.

“Sebagai seorang Islam, kita patut ambil sikap bersangka baik…setahu saya Najib Razak telah melakukan sumpah menafikan pembabitan beliau dan setakat ini, tidak ada di antara kita yang berani bersumpah menafikan (apa-apa tuduhan terhadap pihak berkenaan).

“Oleh itu, bersangka baiklah kita sesama Islam dan berpeganglah kepada al-Quran sebagai petunjuk kita, bagaimana kita tidak suka difitnah orang, begitu jugalah kita tidak sepatutnya memfitnah orang lain,” katanya.

Beberapa minggu sebelum itu, Zulkifli juga turut meletakkan jawatan sebagai peguam syarie Anwar.

“Saya ZULKIFLI BIN NOORDIN Peguam Syarie bagi Pemohon Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim diatas dengan ini menarik diri dan terhenti menjadi Peguam Syarie yang bertindak bagi Pemohon yang tersebut di dalam prosiding yang disebut di atas.

“Bertarikh pada 22 Rabi’ul Awal 1431 bersamaan 09 Mac 2010,” kata Zulkifli dalam notis tarik dirinya itu.

Mungkinkah juga ini satu cara Anwar mahu alihkan isu Pengakuan Sumpah Yusoff Rawther yang mengaku Anwar melakukan gangguan seksual terhadapnya. 

Semakan menunjukkan Pesuruhjaya Sumpah yang menerima SD Azilah ialah HAMIDAH BT CHE AHMAD Pegawai JABATAN PENJARA MALAYSIA, IBU PEJABAT PENJARA MALAYSIA, Kajang Selangor ditandatangani pada 17 Oktober 2019 dan dibocorkan bulan Disember. Apa hubungan Hamidah dengan Anwar Ibrahim?

 

[ARTIKEL BERKAITAN- Dakwaan arah bunuh Altantuya: Konspirasi PH terbaru melawan Najib menjelang PRK Kimanis ]

Menurut pendedahan terbaru Raja Petra Kamaruddin SD Azilah Hadri dirancang semenjak bulan Februari lagi. Menurutnya Sirul Azhar Umar telah menerima tawaran sebanyak RM10 juta untuk membuat pengakuan bahawasanya Najib Tun Razak yang mengarah beliau untuk membunuh Altantuya Shaariibuu. Sirul menolak tawaran tersebut. Selepas itu, Azilah Hadri pula terima tawaran untuk memansuhkan hukuman mati dan ditukarkan kepada penjara seumur hidup sekiranya beliau membuat pengakuan bahawasanya Najib yang mengarah beliau membunuh Altantuya. Dan, dalam masa dua atau tiga tahun selepas itu, Azilah akan diberi pengampunan dan boleh keluar dari penjara.

55 Comments