Syed Saddiq Ketua Armada PPBM diseludup masuk UMS agenda siapa?
03:12 Dec 18, 2017  |  By SabahKini2
 Syed Saddiq Ketua Armada PPBM diseludup masuk UMS agenda siapa?

Setakat ini belum ada penjelasan dari Naib Canselor UMS atau Murnizam Halik Zaman Pengarah Kampus UMSKAL. Persoalannya agenda siapa bawa Syed Saddiq masuk ke UMSKAL untuk mempromosikan Ketua Pemuda PPBM itu.

KOTA KINABALU: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang sedang bergembira dan berswafoto sebelum sampai di Universiti Malaysia Sabah (UMS) kerana program TEDxUMSKAL menerima padah apabila sampai di UMSKAL beliau dilarang dan dihalang menyampaikan ceramah.

Penganjur dan Syed Saddiq didapati hadir dalam majlis tanpa kebenaran dari pihak pengurusan Universiti. Kehadiran Syed Saddiq berceramah ke UMS diketahui dalam media sosial namun tidak dinyatakan bahawa Syed Saddiq masuk secara haram di UMS KAL.

Menurut Syed Saddiq dia sampai ke situ dengan mengeluarkan perbelanjaan sendiri dan kosnya kira-kira satu pertiga daripada gaji tetapi kecewa apabila slot untuknya dibatalkan.

Katanya selepas pembatalan itu penganjur dan kakitangan universiti mengisi slotnya dengan tayangan video mengenainya

"Tak ada elemen politik, tetapi sekadar ilmu mengenai perbahasan dan perkongsian pengalaman peribadi saya," katanya.

Siapa Syed Saddiq Minta menteri campur tangan?

Syed Saddig meluahkan kekecewaannya dan berkata beliau mahu Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh campur tangan mengenai larangan berucap terhadapnya di kampus-kampus memastikan kebebasan akademik terpelihara.

"Jadi sudah tiba masa untuk membuka penyelesaian.Beliau sanggup dan akan beri perkhidmatan latihan secara percuma”.

Syed Saddiq yang juga Ketua Armada PPBM amat berbangga pengalamannya kerana pernah dipilih antara pendebat terbaik Asia pada 2015 ekoran kejayaannya di Kejohanan Debat Asia pada tahun berkenaan. Jadi alasan menggunakan forum debat adalah alasan terbaik Ketua Armada itu masuk ke kampus-kampus.

Syed Saddiq pernah terlibat dengan kontroversi “kaki clubbing” apabila menyalahgunakan dana UIAM ketika menyertai Kejohatan Debat Asia mereka berkunjung di Kelab Malam menari dan minum-minum di Paladium Filipina.

Pada 16 Mac 2016 satu jawatankuasa ditubuhkan oleh UIAM menyiasat Kes Pasukan Debat ke Manila pada Mac 2013 di bawah Kaedah Tatatertib UIAM 2004 (Amend 2006) Kes Clubbing Syed Saddiq namun sehingga disember 2017 hasil laporan jawatan kuasa itu tidak pernah dilaporkan hingga kini.

Seorang mahasiswa UMS KAL yang ditemui berkata sebagai ahli politik walaupun Syed Saddiq menggunakan alasan sebagai Juara Debat beliau tetap ahli politik Ketua Pemuda PPBM dan perlukan kebenaran dari pihak Universiti.

UMS tidak tahu?

Terdapat netizen mempersoalkan walaupun Syed Saddiq telah dilarang menjadi persoalan bagaimana Pengarah Universiti Malaysia Sabah Kampus Labuan, Murnizam Halik tidak tahu dan memaklumkan kepada Pengurusan UMS induk. Jika tidak kerana tular Syed Saddiq sudah tentu masuk kampus dan bebas mengkritik kerajaan

Setakat ini belum ada penjelasan dari Naib Canselor UMS atau Murnizam Halik Zaman Pengarah Kampus UMSKAL. Persoalannya agenda siapa bawa Syed Saddiq masuk ke UMSKAL untuk mempromosikan Ketua Pemuda PPBM itu.

UMS kini hangat denga kontroversi baru Pendaftar Universiti yang terlibat dengan skandal isteri pemimpin parti politik di Kota Kinabalu. Dua kontroversi panas ini sedang menghantui UMS.

3 Comments