Sah tipu gelaran Dr! Ahli MPN PKR Sabah hanya 'Viva' bukan kelulusan senat UUM
14:12 Dec 20, 2019  |  By SabahKini2
Sah tipu gelaran Dr! Ahli MPN PKR Sabah hanya 'Viva' bukan kelulusan senat UUM

Hanya 'Viva' bukan kelulusan Senat UUM. Menggunakan gelaran Dr yang belum diluluskan senat universiti samalah seperti menipu sijil akademik. Mana surat kelulusan Senat UUM?

“Saya telibat memperolehi sijil akademik palsu adalah jauh tersasar, berita palsu dan berunsur fitnah kepada saya secara peribadi serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PH. A Amin Pawennari Ketua Cabang PKR Kalabakan berhubung dakwaan penipuan kelayakan akademik.

Menurutnya, dalam satu kenyataan media beliau mengaku telah mengikuti pengajian kedoktoran Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) di Universiti Utara Malaysia (UUM) secara separuh masa sejak 2012.

“Saya telah berjaya lulus ujian lisan disertasi tesis (viva-voce) kedoktoran saya di UUM pada 11hb Julai 2019, dan layak menggunakan gelaran “DR” di depan nama saya menurut peraturan Universiti.

"Nama saya tiada dalam database penerima Ijazah Kehormat dan Ijazah Kedoktoran yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebab belum menghadiri Konvokesyen UUM ke-33 yang dijangka pada hujung tahun depan (2020)”. katanya

Belum sah dapat gelaran 'Dr' tapi lapor polis. Siapa yang tipu?

Amir Pawennari turut melaporkan polis berhubung laporan Sabahkini2 itu kononnya adalah fitnah dan memalukan dirinya dan keluarga.

Portal Sabahkini2 sebelum ini mendedahkan mengenai seorang lagi pemimpin Pakatan Harapan yang juga Ahli Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah Amir Pawennari menggunakan gelaran Doktor (Dr) palsu UUM.


Semakan di portal penerima ijazah kedoktoran (Phd) Kementerian Pendidikan Malaysia penama Dr Mohammad Amir Pawennari.

[ARTIKEL BERKAITAN- Sijil Akademik Palsu: Pemimpin PH Ahli MPN PKR Sabah pula tipu Phd UUM ]

Amir Pawennari dalam jawapannya kepada media yang disiarkan dalam laman facebook PKR Kalabakan turut melampirkan surat kelulusan sesi disertasi tesis (viva-voce)  Universiti Utara Malaysia bertarikh 14 Julai 2019.

Surat itu jelas masih diperingkat Viva dan belum selesai, masih peringkat pembetulan dalam tempoh 3 bulan. Tesis yang telah dibetulkan perlu disahkan semula dan perlu di bawa ke Senat untuk diluluskan.

Sekalipun Ketua Cabang PKR itu mengesahkan sedang melanjutkan pengajian di UUM namun adalah sesuatu yang salah seorang yang belum mendapat kelulusan daripada Senat UUM menggunakan gelaran Dr Phd itu lebih awal secara terbuka.

Jika benar Amir Pawennari telah mendapat kelulusan senat di manakah surat kelulusan Senat UUM itu?

Sehingga ke hari ini Kementerian Pendidikan dan Universiti Awam di negara ini jelas tidak membenarkan penggunaan gelaran Dr tanpa kelulusan yang sah.

Menggunakan gelaran Dr yang belum diluluskan senat samalah seperti menipu sijil akademik. Hujah Amir Pawennari lulus Viva dan layak menggunakan gelaran Dr di depan namanya adalah sangat salah. Ia satu penipuan akademik. Sama ada seseorang itu hadir konvokesyen atau tidak bukan isu yang penting kelulusan Senat Universiti.

Universiti Utara Malaysia wajar mengeluarkan kenyataan berhubung isu penggunaan gelaran Dr sebelum kelulusan Senat universiti ini. 

Komen-komen netizen dalam laman sosial mengecam penipuan sijil akademik pemimpin PH yang semakin berleluasa.

Karim Mubin seorang pengguna sosial berkata “macam-macam gila dalam PH sekarang. Belum ada kelulusan senat universiti pun sudah berlagak Dr.

‘Saya mencabar Amir Pawennari Ketua Cabang Kalabakan itu mengemukakan surat kelulusan senat UUM itu segera dalam laman sosial”. Kata Jeffry dalam facebooknya.

2 Comments