Menjelang PRK Kimanis UPKO buat Sidang Meja Bulat ‘akur’ arahan Kerajaan Warisan luluskan PSS demi warga asing
05:12 Dec 23, 2019  |  By SabahKini2
Menjelang PRK Kimanis UPKO buat Sidang Meja Bulat ‘akur’ arahan Kerajaan Warisan luluskan PSS demi warga asing

Selepas keputusan KDN laksana PSS dan siri jelajah Timbalan Menterinya, Datuk Mohd Azis Jamman kini barulah UPKO menjelang PRK Kimanis laksana Meja Bulat. Tujuannya perakukan keputusan Shafie dan Kerajaan Warisan untuk laksana demi warga asing.

Sekalipun Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dalam resolusi UPKO sebelum ini majoriti perwakilan menentang Pas Sementara Sabah namun nampaknya ia tidak menghalang Madius untuk akur kepada kehendak Parti Warisan yang bertegas untuk melaksana PSS di Sabah bermula januari 2020.

Menjelang PRK Kimanis yang semakin dekat dengan siri laporan kajian lapangan nampaknya rakyat Kimanis mungkin menjadikan PRK Kimanis sebagai referendum menolak cadangan PSS itu.

Pembangkang pula sejak awal memang menolak pelaksanaan PSS itu memandangkan menyatukan dokumen IMM13, Kad Banci dan Kad Burung-burung itu jelas menguntungkan Pendatang Asing di negeri Sabah.

Terdesak dengan itu UPKO hari ini mengadakan Sidang Meja Bulat seakan-akan seperti menyelesaikan masalah PSS itu namun dijangka ia hanyalah strategi PRK Kimanis yang mahu melihat UPKO memainkan peranan sebagai perunding kepada penolakan Kadazan Dusun Murut yang jelas menolak PSS.


Meja bulat yang hanya mengesahkan keputusan KDN. Bukan menolak atau menangguh

Sidang Meja Bulat UPKO hanyalah gimik dan sebenarnya ramai melihat program itu tanda keakuran UPKO terhadap Kerajaan Warisan yang diketuai Datuk Seri Shafie Apdal. Pemimpin UPKO tidak rela jawatan Menteri, jawatan kanan dan juga keistimewaan mereka ditarik warisan.

PBS Star menolak Meja Bulat

Sementara itu PBS menolak jemputan Upko untuk hadir dalam perbincangan meja bulat dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai Pas Sementara Sabah itu hari ini memandangkan siding meja bulat atau apa saja seumpamanya sepatutnya dibuat sebelum dilaksanakan tetapi kini menjelang PRK.

Setiausaha Agung Datuk Jahid Jahim berkata PBS menolak jemputan yang diterima secara rasmi pada 16 Disember lalu.

“Kita menolak kerana PBS telah lama membuat pendirian mengenai PSS dan kita katakan ‘Tidak’ kepada PSS. Kita telah awal lagi menyatakan bantahan terhadap PSS dalam sesi Parlimen dan juga Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah.

“Dalam erti kata lain, perbincangan meja bulat tersebut hanyalah bertujuan bagi meyakinkan orang ramai untuk menerima PSS dan bukan mendapatkan input atau pandangan daripada orang ramai,” kata Jahid.

Menurut Jahid, PBS Kerajaan Warisan dan PH telah membuat keputusan pelaksanaan PSS lebih awal maka sebarang bentuk program seperti itu wajar dinilai sebelum hadir.  

“Kementerian Dalam Negeri, seperti mana diperjelaskan oleh Timbalan Menterinya, Datuk Mohd Azis Jamman, kini sedang mengadakan jelajah untuk memberi penerangan kepada orang ramai mengenai pelaksanaan PSS, mereka telah melaksanakan keputusan itu” katanya

Kebimbangan rakyat Sabah mengenai pelaksanaan PSS ialah apabila pemegang 3 kad menjadi PSS dan status mereka selepas ini berada di Sabah  3 tahun serta mereka bebas berkahwin dan keturunan mereka mendapat manfaat daripada kelayakan permohonan kenegaraan sekarang seperti pemegang kad IMM13 yang berkahwin dengan pemegang MyPR anak mereka layak secara automatik sebagai warganegara.

 

5 Comments