Syarikat milik Syed Mokhtar SPV Malakoff dapat projek hidro kerajaan
07:12 Dec 24, 2019  |  By SabahKini2
Syarikat milik Syed Mokhtar SPV Malakoff dapat projek hidro kerajaan

Terbaru Syarikat tujuan khas (SPV) tidak langsung 65 peratus milik Malakoff Corporation Bhd meraih projek hidro kecil e-bida Tarif Galakan (FiT) kerajaan melalui Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA Malaysia).

KUALA LUMPUR: Syarikat milik Taikun Melayu Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari sekalipun berdepan kes saman terhadap Kerajaan Negeri Sabah berhubung lesen pembalakan Pelangi Prestasi Sdn Bhd tidak menghalangnya untuk mendapat projek lain kerajaan PH. 

Terbaru Syarikat tujuan khas (SPV) tidak langsung 65 peratus milik Malakoff Corporation Bhd meraih projek hidro kecil e-bida Tarif Galakan (FiT) kerajaan melalui Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA Malaysia).

SPV itu terdiri daripada Batu Bor Hidro Sdn Bhd (BBH) dan Lubuk Paku Hidro Sdn Bhd (LPH).

Touch Meccanica Sdn Bhd memiliki baki 35 peratus kepentingan dalam dua syarikat berkenaan.

“SPV itu akan diberikan sebagai pemegang Kelulusan Galakan (FiA) dan seterusnya memeterai Perjanjian Pembelian Kuasa Tenaga Boleh Baharu dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk projek hidro kecil yang terletak di Semenanjung Malaysia selama 21 tahun,” menurut Malakoff dalam makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

Katanya, Batu Bor Hidro Sdn Bhd akan mempunyai kapasiti yang dipasang sebanyak 30 megawatt (MW) manakala LPH diberikan dengan 25MW.

 

 

Comment