BIPK: Doktor, 33 skim lain bebankan Kerajaan PH RM1 bilion setahun, Menteri pula bersandiwara
12:12 Dec 27, 2019  |  By SabahKini2
BIPK: Doktor, 33 skim lain bebankan Kerajaan PH RM1 bilion setahun, Menteri pula bersandiwara

BIPK membebankan! Sehingga 31 Disember 2018, kerajaan tanggung BIPK sebanyak RM899.32 juta dan meningkat RM969.52 juta tahun ini. Tahun 2022 akan meningkat RM1.24 bilion. Untuk Dr dan 33 skim lain ni bebankan negara..

SELEPAS Menteri Kabinet PH saling tuduh menuduh mengenai elaun bayaran insentif perkhidmatan kritikal (BIPK) malah menyalahkan JPA pemansuhan elaun ini JPA dalam kenyataan medianya mengumumkan kerajaan terbeban dan menanggung hampir RM1 bilion setahun bagi menampung bayaran insentif perkhidmatan kritikal kepada penjawat awam dalam 33 skim perkhidmatan.

“Sehingga 31 Disember 2017, tanggungan kerajaan atas BIPK sebanyak RM836.89 juta dan pada 2018 tanggungan meningkat kepada RM899.32 juta dan RM969.52 juta tahun ini.

“Berdasarkan kajian, unjuran semasa tanggungan kewangan kerajaan terus meningkat kepada RM1.24 bilion pada 2022,” katanya.

Menurut JPA, pemberian BIPK berasaskan kepada peratusan gaji semasa yang diterima pegawai kecuali penerima kadar tetap sebanyak RM750. Bagaimanapun JPA berkata pemansuhan hanya untuk jawatan baru, penerima sedia ada kekal seperti biasa.

Pemansuhan BIPK diputuskan di peringkat Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) 2019 dengan pengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dan dihadiri oleh beberapa Menteri cabinet yang kemudiannya dimaklumkan dalam mesyuarat jemaah menteri.

Syed Saddiq menjadi hero

Bagaimanapun polemik BIPK ini menjadi mainan terbaru Menteri Belia dan Sukan yang mahu kerajaan menarik balik keputusan kerajaan mengembalikan BIPK ini.

Lim Guan Eng Menteri Kewangan cakap lain, Syed Saddiq cakap lain jadi nak ikut siapa?

Menteri Kesihatan pula cakap lain. Malah pemimpin PH lagi lain salahkan JPA sebagai kambing hitam.

Kabinet PH nampaknya caca marba bab BIPK ini. Reaksi rakyat yang marah merisaukan kerajaan PH.

 

1 Comment