Siapa dalang empat wanita ‘China Doll’ bolos imigresen KKIA? SUPOL Menteri campurtangan, Pengarah kata masih kaji
06:12 Dec 30, 2019  |  By SabahKini2
Siapa dalang empat wanita ‘China Doll’ bolos imigresen KKIA? SUPOL Menteri campurtangan, Pengarah kata masih kaji

Menjelang pelaksanaan pelancong China dikecualikan Visa melawat negara ini bermula 2020 nampaknya kecoh lagi baru-baru ini 4 wanita China atau 'China Doll' bolos melepasi pemeriksaan KKIA. Bagaimana bolos? siapa dalang? Mengapa SUPOL Menteri campurtangan

Belumpun pelaksanaan Visa percuma 2020 terhadap pelancong China sudah ada kes empat pelancong wanita warganegara China ‘China Doll’ menjalani hukuman penjara 18 hari bermula daripada tarikh mereka ditahan iaitu pada 10 Disember lalu atas kesalahan gagal melaporkan diri di kaunter Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ketika berada di negeri ini.

Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara selama tempoh berkenaan kepada Wang Xiali, 25, Wu Jingting, 24, Zhang Qingsi, 23, dan Liu Ling, 22, selepas kesemua mereka mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan.

Pengarah JIM Sabah, Datuk Muhamad Sade Mohamad Amin berkata empat wanita itu ditahan pada 10 Disember 2019 semasa pemeriksaan dokumen pasport mereka ketika penerbangan balik ke Shanghai melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Tawau.

“Selepas diperiksa kesemua wanita terbabit memasuki negeri ini tanpa mendapat ‘Cop Masuk Imigresen’ secara sah ketika tiba 4 Disember lalu” katanya satu kenyataan.

Musykil 'Chinadoll' terlepas?

Menjadi persoalan bagaimana pelancong wanita China ‘China Doll’ itu terlepas? Apakah ada dalang di belakangnya?

Jabatan Imigresen wajar menyiasat sekiranya ia dibawa oleh agensi pelancongan bagi ‘escort’ pelacuran dari China yang mungkin hanya menyamar sebagai pelancong di negara ini.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah sedang menjalankan `kajian’ punca empat pelancong wanita China dapat bolos daripada pemeriksaan imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK).

Susulan dari insiden itu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah meminta kerjasama semua pihak termasuk syarikat penerbangan, agensi pelancongan serta pihak Kedutaan China agar memberi peringatan kepada pelawat dari negara itu supaya mematuhi peraturan imigresen di negara ini.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah sedang menjalankan `kajian’ punca empat pelancong wanita China dapat bolos daripada pemeriksaan imigresen di Lapangan Terbang

Muhamad Sade berkata perkara itu antara lain bagi menangani isu pelancong China bolos dari pemeriksaan dokumen di kaunter imigresen.

"Jabatan Imigresen Negeri Sabah bersama Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan Lembaga Pelancongan Sabah juga mengambil langkah proaktif dengan meletakkan peringatan dalam Bahasa Mandarin di pelbagai sudut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA)

Terhantuk baru tengadah!

Muhamad Sade juga bertegas pihaknya komited memeriksa semua dokumen warga asing yang keluar dan masuk secara cermat dan teliti bagi mengelak sebarang pembolosan di pintu masuk Sabah.

Walaubagaimanapun Pengarah Imigresen tidak memaklumkan jika ada pegawainya terlibat dalam salah laku menyebabkan empat ‘Chinadoll’ itu terlepas.

Insiden warga asing bolos di Lapangan Terbang bukan perkara baru kerana sebelum ini media pernah melaporkan sindiket membawa warga asing masuk ke KLIA melalui ‘kawtim’ para pegawai.

Kelemahan SOP Imigresen mengundang resah rakyat apatah lagi bermula 1 Januari 2020 warga China dikecualikan dari pengguna visa melawat negara ini. Isu-isu pelancong China yang hilang seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Ketua Negara baru-baru ini menambahkan lagi kebimbangan rakyat.

[ARTIKEL BERKAITAN- Dilaporkan lebih 100,000 hilang tapi pelancong China, India diberi pengecualian Visa tahun 2020 ]

Dilaporkan lebih 100,000 hilang tapi pelancong China, India diberi pengecualian Visa tahun 2020

Campurtangan Menteri, Setiausaha Politik Menteri

Lebih memusyilkan tindakan campurtangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Liew Vui Keong berhubung penahanan China Doll yang melanggar undang-undang imigresen menyalahkan Jabatan Imigresen kerana tidak boleh dijamin adalah sesuatu yang tidak wajar. Alasan laluan ke bahagian kaunter mengelirukan sesuatu yang sangat tidak masuk akal. Begitu banyak papan tanda yang jelas. Semua peraturan dalam dunia adalah sama mengenai imigresen masuk mestilah melalui pemeriksaan dan cop imigresen.

Campurtangan Setiausaha Politik VK Liew Martin Tommy yang mahu Menteri JPM membangkitkan isu ini untuk meminda undang-undang mengenainya dan juga berhubung ikat jamin menambahkan lagi tanda tanya apa kepentingan Martin dengan 4 wanita China itu? Begitu juga Setiausaha Sulitnya. Alasannya Konsulat China mengadu kepada Menteri VK Liew.

Luar biasa. 'China Doll' langgar undang-undang Imigresen SUPOL Menteri Martin Tommy dan 
Setiausaha Sulit Liew Menteri  Ricky Foo bersungguh membela. Apa kepentingan? Begitu besar 4 Wanita muda China ini?

 

 

6 Comments