PRK Kimanis: Anak muda tempatan Mohamad Alamin calon BN
06:01 Jan 01, 2020  |  By SabahKini2
PRK Kimanis: Anak muda tempatan Mohamad Alamin calon BN

Mohamad Amin, 47 berpengalaman sebagai Peguam, anak muda tempatan berkelulusan Ijazah Undang-undang daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dipilih calon BN.

KIMANIS: Ketua UMNO Bahagian Kimanis Datuk Mohamad Alamin dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis yang dijadual berlangsung 18 Januari ini.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin pada satu sidang media di sini hari ini.

Bung berkata, pemilihan Mohamad yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan itu amat bertepatan bagi mempertahankan kerusi Parlimen yang sebelum ini dimiliki UMNO.

Mohamad, yang juga Ketua Umno bahagian Kimanis memenangi kerusi DUN Bongawan pada pilihan raya umum (PRU) 2013 kalah kepada calon Warisan dengan hanya kurang 800 undi pada PRU ke14. 

Mohamad Amin, 47 berpengalaman sebagai peguam, anak muda tempatan berkelulusan Ijazah Undang-undang daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Penamaan calon yang bertanding bagi PRK Kimanis akan diumumkan pada 4 Januari hadapan.

Sementara itu dijangka Datuk Karim Bujang bekas wakil rakat 5 penggal bakal dicalonkan semula di Kimanis

7 Comments