Selepas 'kantoi' Vellfire untuk Menteri, Lim Guan Eng 'U-Turn' beri alasan keputusan kabinet
13:01 Jan 01, 2020  |  By SabahKini2
Selepas 'kantoi' Vellfire untuk Menteri, Lim Guan Eng 'U-Turn' beri alasan keputusan kabinet

Nampaknya hasrat Lim Guan Eng dan Tony Pua merancang memberi kontrak kenderaan kerajaan bakal terjejas selepas kantoi isu penggunaan Toyota Vellfire. Apakah Spanco akan kekal?

Akhirnya selepas kantoi kabinet Kerajaan PH akan menggunakan kenderaan mewah 32 unit Toyota Toyota Vellfire, 3,000 unit Honda Accord dan bakal menelan perbelanjaan kontrak RM300 juta setahun Lim Guan Eng Menteri Kewangan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) cuba U-turn dengan berkata mesyuarat Jemaah Menteri akan datang akan menentukan kelulusan kontrak itu.

“Tunggu Kabinet. Ya di bawah Kementerian Kewangan tetapi kita berpandu pada mesyuarat Kabinet,” katanya kepada wartawan selepas melawat Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Pulau Pinang, pagi tadi.

Ditanya bila Jemaah Menteri akan bermesyuarat, Lim hanya menjawab, “pada mesyuarat akan datang.”

Sebelum ini syarikat Spanco Sdn Bhd yang dikaitkan dengan taikun Robert Tan Hua Choon, berakhir pada hujung 2019. Spanco mengendalikan kenderaan untuk kerajaan selama 25 tahun sejak 1994. Antara pemegang sahamnya pernah dikaitkan dengan Naimah Khalid isteri Tun Daim. Ia menjadi bualan oleh pemimpin PH beberapa tahun kebelakangan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Konsesi Spanco 25 tahun milik Robert Tan dikaitkan kroni Tun Daim ditamatkan]

Media sebelum ini melaporkan tujuh syarikat bersaing untuk mendapatkan kontrak itu. Selain Spanco, Kumpulan Naza, Kumpulan Berjaya, Sime Darby Bhd dan DRB-Hicom Bhd, Kumpulan Samling, Comos, dan Go Auto.

32 kenderaan Vellfire untuk Menteri, RM300 juta setahun, kekal Spanco atau kroni lain?

[ARTIKEL BERKAITAN- 32 kenderaan Vellfire untuk Menteri, RM300 juta setahun, kekal Spanco atau kroni lain? ]

Sumber-sumber pegawai MOF yang membocorkan maklumat itu kepada media Lim Guan Eng dan Setiausaha Politiknya Tony Pua dikatakan mengarahkan penilaian syarikat memilih korni berpengalaman dan besar kemungkinan akan memilih semula Spanco Sdn Bhd berdasarkan pengalaman mereka.

Kontrak baru itu juga dilaporkan akan menggantikan 1,300 unit kenderaan penguatkuasaan dalam tempoh lima tahun akan datang serta 8,000 unit Proton Pesona dan Saga untuk kegunaan jabatan.

Ramai berpendapat alasan Lim Guan Eng menyerahkan kepada kabinet ialah hanya penentuan sama ada kenderaan mewah seperti Vellfire  akan digunakan atau tidak tetapi kontraktornya bakal diputuskan oleh Menteri Kewangan berdasarkan laporan teknikal tender pegawai MOF.

Berdasarkan senario projek yang dilaksana BN sebelum ini seperti TRX Exchange, Bandar Malaysia (Lim Kam Ho), MRT (Gamuda), ECRL (China Communications Construction Company Ltd (CCCC) dan lain-lain lagi jelas pelantikan semula kepada syarikat asal hanya pemotongan kos sahaja. 

Untuk rekod keputusan tender MOF iaitu Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) diputuskan oleh Menteri Kewangan. Kertas Kabinet kepada Jemaah Menteri hanya memaklumkan keputusan pelantikan syarikat yang dibuat oleh MOF. Hanya keputusan sama ada Vellfire atau kereta nasional akan menjadi perkara utama diputuskan oleh kabinet.

 

1 Comment