Muafakat Nasional, 'Muafakat Sabah' satukan rakyat pelbagai kaum mula dibimbangi PH, Warisan
01:01 Jan 03, 2020  |  By SabahKini2
Muafakat Nasional, 'Muafakat Sabah' satukan rakyat pelbagai kaum mula dibimbangi PH, Warisan

Bukan menghairankan jika laporan media Muakakat Nasional di Sabah dipesongkan oleh media pro kerajaan. Namun hakikat yang telah nampak Muafakat Sabah kini mula menyatukan pembangkang dan rakyat yang menolak PH, Warisan

KIMANIS- “Gagasan Muafakat Nasional harus dipersesuaikan dengan situasi politik di Sabah kerana latar belakangnya berbeza… itu kenyataan saya, noktah!” tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian membidas laporan portal Malaysiakini yang tidak tepat dan cuba memanipulasikan kenyataannya.

“Saya minta sesiapa sahaja yang membuat liputan terhadap ucapan saya, jangan ada agenda untuk mengubah apa yang saya maksudkan.

“Beribu yang datang (program Ceramah Perdana malam tadi) dan mereka jelas termasuk pemimpin PAS, begitu juga pemimpin UMNO di Sabah.

“Oleh yang demikian, saya berharap mereka memperbetulkan laporan yang kononnya saya mengatakan Muafakat Nasional tidak sesuai di Sabah. Jadi tolong betulkan kalau mereka ikhlas dan jujur.

“Kebenaran tetap kebenaran. Jangan cuba untuk pusingkan fakta yang saya sampaikan. Saya ulangi, Gagasan Muafakat Nasional harus dipersesuaikan dengan situasi politik di Sabah… ini cukup jelas,” ujar beliau.

Oleh itu katanya “Muafakat Sabah” perlu bermula dengan PRK Kimanis.

Inilah ‘Muafakat Sabah’ yang bermula di Kimanis,” katanya dalam ceramah di Kampung Pimping di kawasan parlimen itu Kimanis

Katanya, Muafakat Sabah mampu menyatukan semua kaum dan etnik di negeri itu.

Terdahulu, BN Sabah dilaporkan dalam perbincangan dengan sejumlah parti pembangkang negeri itu untuk bekerjasama dalam PRK ini.

Lima parti pembangkang – Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Demokratik Liberal (LDP), Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Usno dan Parti Progesif Sabah (SAPP) – membuat keputusan untuk tidak bertanding

Komen-komen netizen dalam laman sosial nampaknya menyambut baik langkah Muafakat Sabah itu yang jelas menggusarkan Kerajaan PH dan Warisan di Sabah sehingga terpaksa menyerang usaha itu.

Comment