Tidak ada PDM ditutup, jentera BN tetap setia, hanya Rajali yang tiada prinsip keluar- Raimi
01:01 Jan 11, 2020  |  By SabahKini2
Tidak ada PDM ditutup, jentera BN tetap setia, hanya Rajali yang tiada prinsip keluar- Raimi

PDM tidak terganggu. Hanya Rajali Ketua Sub Markas yang keluar dan jentera parti baik JR Wanita, Pemuda, Puteri dan jentera setempat lain tidak mengikuti jejak langkah beliau.

KIMANIS-  Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Raimi Unggi berkata operasi parti di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bandau berjalan seperti biasa malahan kempen oleh jentera juga berjalan dengan lancar sepertimana dirancang.

Menurut beliau jentera di PDM berkenaan tidak terganggu dengan penyertaan Ketua Sub Markas, Rajali ke dalam parti Warisan sepertimana yang diuar-uarkan.

“Saya ingin memaklumkan sub markas sahaja. Kita tubuhkan sub markas kerana kita beranggapan ada keperluan memandangkan PDM Bandau ini terlalu besar dan memerlukan dua tempat PDM.

“Hanya beliau yang keluar dan jentera parti baik JR Wanita, Pemuda, Puteri dan jentera setempat lain tidak mengikuti jejak langkah beliau.

“Jadi sekali saya tegaskan PDM Bandau yang utama masih berjalan. Jadi jika ada dakwaan yang mengatakan PDM Bandau itu ditutup sebenarnya tidak benar,” katanya kepada UMNO Online di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan yang kononnya PDM Bandau ditutup setelah hampir separuh tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.

Tambah Raimi, Rajali bukanlah seorang pemimpin sejati dan tidak mempunyai prinsip dalam perjuangan parti.

Rajali terdesak memerlukan wang

“Rajali bukanlah seorang pemimpin yang sejati. Kalau ikut cerita hasil pertemuan saya dengan beliau beberapa kali indah khabar dari rupa. Rupa-Rupanya beliau tidak mempunyai prinsip dalam perjuangan parti.

“Baguslah beliau masuk Warisan kerana dari awal lagi kita mengetahui bahawa pendirian beliau agak goyang. Sebelum-sebelum ini pun memang menjadi masalah kepada pemimpin-pemimpin yang lain. Biarlah Warisan ambil pemimpin seumpama ini.

“Dalam UMNO dan BN, kita tidak memerlukan pemimpin seumpama ini. Pemimpin datang dan pergi namun parti tetap utuh untuk sentiasa membela nasib rakyat,” tambahnya.

Sumber Sabahkini2 memaklumkan Ketua Sub Markas, Rajali dan agennya telah diberi RM50 ribu untuk beliau melompat parti. 

 

4 Comments