Sabahkini2.com, alternatif dan pembaca pengguna telco Maxis
10:01 Jan 11, 2020  |  By SabahKini2
Sabahkini2.com, alternatif dan pembaca pengguna telco Maxis

Pembaca talian Maxis disaran menggunakan Virtual Private Network (VPN) atau platform alternatif iaitu www.sabahkini2.net "Yang Penting Sebar dan Kongsikan".

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Pihak editor portal Sabahkini2 mengucapkan terima kasih atas sokongan rakyat dan pembaca terhadap Sabahkini2.com. Tanpa anda siapalah kami.

Kami juga mengucapkan terima kasih atas begitu banyak aduan, maklumat, artikel atau bahan yang dihantar kepada kami. 

Tahun 2020 tentunya lebih mencabar, sekatan kerajaan dan aduan kepada media portal sudah tentu sebahagian dari cabaran pengamal media hadapi. Malaysia baharu yang inginkan kebebasan media nampaknya tidak serupa janji sebelum PRU.

Kepada pengguna telco maxis yang tidak dapat akses kepada portal Sabahkini2.com kami mencadangkan rakan-rakan pembaca talian Maxis menggunakan Virtual Private Network (VPN),  aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma ataupun berbayar dalam internet.

Walaubagaimanapun kami menyediakan link baharu untuk dilayari bagi pengguna Maxis iaitu di www.sabahkini2.net.  Jika tidak boleh membaca www.sabahkini2.com sila yang portal alternatif itu.

Sekali lagi kami mengucapkan terima kasih kepada pembaca. Sebarang cadangan atau apa sahaja aduan boleh diemel kepada kami melalui emel [email protected].

 "Yang Penting Sebar dan Kongsikan".

Sekian.

Ketua Editor Sabahkini2
11 Januari 2020

12 Comments