Menjelang pelaksanaan PSS, 2 lagi kanak-kanak PTI dijangkiti virus polio di Sabah
04:01 Jan 11, 2020  |  By SabahKini2
Menjelang pelaksanaan PSS, 2 lagi kanak-kanak PTI dijangkiti virus polio di Sabah

Selepas 27 tahun virus polio kembali ke Sabah di zaman Warisan melaksanakan PSS untuk mendaftarkan PTI di negeri Sabah. Virus pertama adalah dari kanak-kanak Filipina dan terbaru 2 lagi dari Filipina yang menetap di Sabah. Bayangkan jika PSS dilaksanakan

Warga IMM13 yang bakal menerima PSS. Hubungan kekeluargaan mereka dengan Fillipina masih wujud hingga sekarang.

KOTA KINABALU: Nampaknya bala penyakit berterusan menjelas penguatkuasa Pas Sementara Sabah dilaksanakan. Sebelum ini dilaporkan satu kess polio berlaku di Tuaran pada Disember lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Bala Polio kembali ke Sabah! Selepas 27 tahun ketika diperintah Warisan ]

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan punca jangkitan virus polio bayi lelaki berumur tiga bulan dari Tuaran, Sabah itu disyaki datang dari Filipina.

[ARTIKEL BERKAITAN- Punca Polio dari luar mungkin Filipina kata Dr Dzulkefly ]

Punca Polio dari luar mungkin Filipina kata Dr Dzulkefly

Terbaru dua lagi kanak-kanak disahkan dijangkiti virus polio juga berlaku di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 2 kanak-kanak lelaki itu yang masing-masing berusia 8 dan 11 tahun merupakan warganegara asing.

“Kanak-kanak lelaki berumur 8 tahun yang menetap di Sandakan tidak pernah menerima sebarang imunisasi. Pada 9 Dis 2019, dia mengalami demam dan 3 hari kemudian tidak boleh berjalan.

“Seorang lagi kanak-kanak menetap di Kinabatangan juga tidak pernah mendapat sebarang imunisasi mengalami demam pada 17 Nov 2019 dan mendapatkan rawatan di klinik.

“Pada 1 Dis, dia dimasukkan ke hospital setelah mengadu sakit pada bahagian belakang dan tidak boleh berjalan. Pesakit kini boleh berjalan dengan bertongkat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, semua pesakit masih dirawat di hospital dan berada dalam keadaan stabil.

Noor Hisham berkata, ujian makmal World Health Organization Polio Regional Reference Laboratory (WHO Polio RRL) di Melbourne, Australia mendapati virus polio yang menjangkiti ketiga-tiga pesakit itu mempunyai perkaitan genetik dengan kes polio di Filipina.

Katanya, siasatan rapi telah dijalankan bagi mengenal pasti punca jangkitan kedua-dua kes baru ini sebaik sahaja ia dikenal pasti sebagai survelan “acute flaccid paralysis” (AFP).

Sehingga kini, seramai 705 penduduk di kawasan tempat tinggal kedua-dua kanak-kanak itu diperiksa dan tiada kes AFP lain yang dikesan.

“Seramai 65 kanak-kanak didapati cicir imunisasi polio dalam kawasan tempat tinggal kes terbabit dan telah diberi suntikan vaksin polio menggunakan vaksin kombinasi 5 serangkai (DTaP-IPV//HiB),” katanya.

Beliau berkata, aktiviti kawalan wabak polio di seluruh Sabah juga sedang giat dilaksanakan, manakala Kempen Imunisasi Polio Sabah (KIPS 2019/2020) yang menyasarkan semua kanak-kanak berumur bawah 5 tahun di Sabah juga telah dimulakan pada 27 Dis lepas.

Kementerian Kesihatan menyeru penduduk Sabah, terutama ibu bapa supaya memberi perhatian khusus dalam beberapa perkara, termasuk memastikan anak-anak berumur bawah 5 tahun menerima 2 dos vaksin polio secara titis (OPV) semasa kempen itu dijalankan.

Selain itu mereka perlu meneruskan imunisasi rutin di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan mengikut jadual yang ditetapkan, menjaga kebersihan diri, termasuk mandi menggunakan air terawat, mencuci tangan selepas ke tandas dan sebelum makan serta sebelum menyediakan makanan untuk kanak-kanak.

Beliau turut mengingatkan masyarakat untuk segera mendapatkan rawatan awal di klinik atau hospital berdekatan sekiranya terdapat tanda-tanda dan gejala penyakit polio, sentiasa mengambil langkah pencegahan yang disarankan Kementerian Kesihatan, serta sentiasa memberikan kerjasama dalam semua aktiviti yang dilaksanakan.

Masalah warga asing di Sabah termasuk pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) bakal menambahkan lagi masalah polio di Sabah.

Kerajaan Warisan nampaknya tidak serius menangani masalah penyakit berbahaya seperti polio ini. Sejak 27 tahun lalu polio pupus di Sabah dan kini ketika Warisan berkuasa ia semakin menular.

Warisan hanya mahu 139 ribu bakal pemegang kad IMM13, Kad burung-burung dan Kad Banci diberi dokumen sah serta menetap 3 tahun. Jika dikira dengan keluarga tanggungan kira-kira 800 ribu PTI bakal daftarkan. Ini mengundang lagi segala penyakit dari negara asal sama ada mereka berada di Sabah atau berkunjung ke negara saudara mereka seperti di Filipina.

Pelaksanaan PSS adalah satu bala bencana kepada penyakit seperti polio di negeri Sabah. 

 Baca lagi - Sabahkini22

 

3 Comments