PRK Kimanis: Exco Wirawati Warisan dakwa Bersatu sabotaj kempen Warisan
07:01 Jan 11, 2020  |  By SabahKini2
PRK Kimanis: Exco Wirawati Warisan dakwa Bersatu sabotaj kempen Warisan

Belum lama kenyataan perdamaian Warisan dan Bersatu hari ini Exco Wirawati Warisan Pusat menuduh Bersatu mensabotaj Warisan. Katanya jentera Bersatu berkempen untuk BN!

KIMANIS: Exco Wirawati Warisan Pusat  Erzayanie Hj Opong mendakwa Bersatu mensabotaj kempen calon Warisan di PRK Kimanis

Beliau yang juga Wirawati Sepanggar berkata, Bersatu berkempen untuk undi Barisan Nasional dalam kempen rumah ke rumah.

“Bersatu kata mahu bantu Warisan di PRK Kimanis tapi waktu berkempen di suruh undi BN. Tidak betul Bersatu ini.

Kempen rumah ke rumah Bersatu berkempen tanpa Warisan”. Katanya di laman facebook.

Hubungan dingin Warisan dan Bersatu bukan baru selepas kemasukan Bersatu di Sabah.

Hajiji sebelum ini tidak senang dengan langkah Warisan menangani isu pendatang asing termasuk pelaksanaan Pas Sementera Sabah (PSS).

Tularnya video Shafie Apdal mengutuk Datuk Seri Hajiji dalam laman sosial menambahkan lagi persengketaan Bersatu dan Warisan.

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) Bersatu itu UMNO! siapa memerintah si Hajiikah atau saya kata Shafie Apdal ]

Bagaimanapun PRK Kimanis dianggap sebagai rahmat menyatukan Bersatu dan Warisan. Media melaporkan antara Hajiji dan Shafie masing-masing melupakan sengketa lama dan fokus kepada PRK Kimanis.

Dakwaan Exco Wirawati Warisan Pusat pasti mencetuskan kemarahan kepada pemimpin dan jentera Bersatu Kimanis.

"Dakwaan Exco Wirawati Warisan secara terbuka dan tidak sahih tidak baik untuk kerjasama pasukan PH. Sepatutnya dibawa berbincang sesama keluarga PH”. Kata Azira seorang penyokong Bersatu.

Komen-komen netizen mengecam kenyataan Exco Wirawati Warisan ini dan semakan di facebooknya telah memadam kenyatan itu.

 

Lagi Sabahkini22

2 Comments