Shafie bakal didakwa SPRM Januari 2018 lagi berbohong hasil Sabah 1978!
19:12 Dec 20, 2017  |  By SabahKini2
Shafie bakal didakwa SPRM Januari 2018 lagi berbohong hasil Sabah 1978!

Semakan dengan jabatan arkib kementerian menunjukkan hasil negeri pada 1978 adalah RM479,027,790 manakala geran persekutuan, sumbangan dan pembayaran balik adalah RM45,790,248, menjadikan hasil keseluruhan tahun tersebut RM524,818,038.

Pembantu Menteri Kewangan Datuk Ramlee Marhaban membidas Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Shafie Apdal sebagai berniat jahat kerana berbohong dengn kenyataan unjuran hasil kerajaan negeri sebanyak RM4 bilion bagi 2018.

Shafie berbohong apabila mendakwa hasil Sabah lembap sejak beberapa dekad kebelakangan ini.

Beliau berkata semakan dengan jabatan arkib kementerian menunjukkan hasil negeri pada 1978 adalah RM479,027,790 manakala geran persekutuan, sumbangan dan pembayaran balik adalah RM45,790,248, menjadikan hasil keseluruhan tahun tersebut RM524,818,038.

“Saya ada rekod sejarah membuktikannya. Jadi dari mana Shafie Apdal dan bekas ketua akauntan negeri Ibrahim Menudin dapat angka RM4 bilion hasil pada 1978?” 

Shafie mencemuh unjuran hasil kerajaan negeri bagi tahun depan, menganggapnya angka biasa.

Beliau berkata merujuk angka Ibrahim Menudin PKR bahawa angka sama pernah dicapai pada 1978, bererti hasil Sabah lembap sejak lebih 30 tahun lalu.

“Saya tak kagum, dan rakyat juga tidak kagum,” katanya.

Untuk rekod Tan Sri Ibrahim Menudin pernah dilantik Bendahari UMNO Negeri Sabah dan mengetuai beberapa GLC Negeri namun menyertai PKR pada tahun 2012 kerana kecewa dan bertanding di Wilayah Persekutuan Labuan mewakili PKR. Desas-desus Ibrahim Menudin bakal menyertai Parti Warisan. Jadi tidak hairan Shafie Apdal menyokong kenyataan Ibrahim Menudin.

Ramlee berkata dakwaan Shafie kononnya hasil Sabah pada 1978 ialah RM4 bilion adalah “ganjil”, memandangkan hasil kerajaan persekutuan pada 1981 ialah RM6 bilion lebih sahaja.

“Kalau Shafie mahu berbohong, sekurang-kurangnya cubalah berbohong secara pintar. Ada rekod sejarah di arkib yang tidak boleh dipertikaikan.

“Dia sama ada tidak mengulangkaji atau sengaja cuba memperdaya rakyat, terutamanya di kawasan luar bandar yang beliau rasa mudah diperdaya,” katanya.

Ramlee menjelaskan kerajaan Sabah sekarang berjaya menambah baik ekonomi negeri sehingga 10 kali ganda sejak kerajaan Berjaya pada 1978.

Kementerian Kewangan Sabah, di bawah Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman, turut mencatatkan prestasi “sangat cemerlang”, di RM1.24 bilion hasil belanjawan pada 2001 berkembang kepada RM1.56 bilion pada 2003 dan RM2.33 bilion pada 2008.

Ia mencapai RM3.69 bilion pada 2012 dan melepasi paras RM4 bilion iaitu sebanyak RM4.58 bilion pada 2014, tambahnya.

Belanjawan negeri kekal konsisten pada paras RM4 bilion sejak 4 tahun lalu, katanya.

“Tambahan pula, harus diambil maklum kewangan Sabah di bawah pentadbiran Musa menghasilkan akaun berlebihan (surplus) selama 16 tahun berturut-turut.

Shafie Bakal didakwa di mahkamah Januari 2018, lagi berbohong hal pendapatan kerajaan Negeri

Shafie Apdal berlagak pandai dalam mengurus negeri sedangkan beliau sendiri gagal mengurus serta menyalur projek pembangunan yang tepat di Sabah. Dia lakukan untuk kroni. 

Shafie Apdal ditahan reman SPRM 20 Oktober lalu bersama dengan Datuk Peter Anthony Naib Presiden Warisan, Azis Jamman Ketua Wira Warisan, adiknya Hamid Apdal dan Datuk Yusof Apdal atas dakwaan melakukan penyelewengan dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ( KKLW) RM1.5Bilion. 

Menurut sumber Shafie Apdal dan adik-adiknya dijangka didakwa pada Januari tahun depan kerana kes salah guna kuasa dan rasuah di bawah Seksyen 23 Akta SPRM. 

Menurut Ramlee Marhaban Adun Bugaya bagaimana mahu percaya dengan Shafie Apdal ini. 

“Shafie mahu jadikan Sabah seperti Singapura? Lucu. Dia tak mampu jaga satu kementerian pun semasa dia setia pada Barisan Nasional.

“Sekarang selepas dia tinggalkan semua yang beliau janji akan lindungi, bagaimana lagi mahu percayakan kata-katanya. Dia berbohong tanpa rasa bersalah pun,” katanya.

Netizen dalam komen media sosial berpendapat lebih baik Shafie Apdal bersiap sedia dengan pertuduhan di mahkamah kes rasuah dari sibuk berbohong perkara yang dia gagal lakukan semasa berkuasa. Yang dia tahu ialah merompak dana kerajaan dan projek disiapkan gagal berfungsi untuk rakyat.

10 Comments