Kerajaan Warisan mengaku guna Minit Mesyuarat lapuk 2015 sebagai alasan luluskan dasar baru PSS!
05:01 Jan 12, 2020  |  By SabahKini2
Kerajaan Warisan mengaku guna Minit Mesyuarat lapuk 2015 sebagai alasan luluskan dasar baru PSS!

Kantoi tidak boleh bertahan protes rakyat bantah PSS, Azis Jamman guna Minit Mesyuarat lapuk 2015 alasan laksana PSS! 4 tahun terperam jadi idea Warisan untuk salahkan BN. Walhal PSS bukan Pas Residen. Ia dasar baru kerajaan Warisan untuk iktiraf PTI

Isu PSS nampaknya bakal memberi kesan kepada kempen Warisan di PRK Kimanis. Penjelasan Shafie Apdal, Azis Jamman dan pemimpin Warisan lebih memberi kesan buruk kepada Warisan. Rakyat pula terus bangkit menentang Warisan dan PSS.

Kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri KDN dalam kempen PRK Kimanis untuk menunjukkan ‘Malaya’ yang membuat keputusan PSS nampaknya tidak memberi kesan signifikan malah lebih memburukkan keadaan apabila Menteri KDN itu berkata pelaksanaan PSS di bawah kuasa imigresen Sabah.

Strategi paling bodoh Warisan ialah apabila Timbalan Menteri Dalam Negeri, Mohd Azis Jamman menggunakan alasan pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) adalah idea daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Azis tidak menjelaskan mengapa minit mesyuarat 2015 itu tidak dilaksana sejak 4 tahun lalu?
sebab BN tahu ia tidak boleh dilaksana
Mengapa pula Warisan tahun 2019 mahu laksana? 

Sejak PH dan Warisan berkuasa semua benda yang BN buat mereka batalkan. Pan Borneo, empangan Papar, projek Pembangunan Eko Tanjung Aru (TAED), konsesi air, konsesi balak, Kilang kertas Sabahforest dan lain-lain lagi. Mereka batal tetapi akhirnya mereka laksanakan semula dengan menukar syarikat.

Kini Azis cuba menggunakan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah, Bilangan 2/2015 bertarikh 31 Julai 2015.

Kata Mohd Azis, PSS ini adalah Pas Residen Sabah yang mesyuaratnya dipengerusikan Ahmad Zahid dan bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

“Dalam minit mesyuarat ini disebut dengan jelas cadangan pemerluasan pas residen kepada kategori-kategori yang disebutkan iaitu pemegang IMM13, Kad Burung-Burung dan Sijil Banci dikoordinasikan menjadi satu dokumen dipanggil Pas Residen Sabah.

Bagaimana minit Mesyuarat tahun 2015 dijadikan sandaran sebagai idea pemimpin BN sedangkan jawatankuasa itu dianggotai pelbagai pihak. Sudah tentu semua perkara telah diberi pertimbangan sehingga keputusan 2015 itu tidak dapat dilaksanakan sehingga Mei 2018. 4 tahun jangka masa! 

Dan Kerajaan Warisan yang berkuasa sepatutnya jika 4 tahun BN tidak laksana, bermakna ia bukan cadangan yang bagus lemah, idea buruk dan menerima protes rakyat maka Warisan sepatutnya membatalkan sekarang. Bukan menyemak minit mesyuarat 4 tahun lalu untuk dijadikan dasar baru sebagai PSS! Jika dinamakan PSS nama baru bermakna ia idea baru Warisan bukan lagi BN. Ia sudah menjadi dasar Kerajaan Warisan! Ia jelas keputusan baru Mesyuarat September 2019, Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah yang bersetuju mengeluarkan PSS bermula 1 Jun 2020. Jadi mengapa pula salahkan BN?

Jika Azis Jamman berani dedahlah kandungan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah yang diPengerusikan bersama Datuk Seri Shafie Apdal september lalu. Boleh rakyat Sabah baca sama-sama keputusan baru itu.

Tapi mengapa Warisan terlalu terdesak? Agenda Warisan sejak 20 bulan lalu mendaulatkan PTI sangat jelas. Tiada siapa boleh mempertikaikannya. Warisan mencari jalan melaksanakan. Dan mereka menggunakan alasan Minit Mesyuarat lapuk 2015!

[ARTIKEL BERKAITAN- 20 bulan Kerajaan Warisan: Strategi dan kronologi menjayakan Pas Sementara Sabah (PSS) demi PTI!]

Jadi apa relevannya minis mesyuarat lapuk 2015 itu? Sebenarnya Azis hanya mahu membuktikan kononnya Zahid sebagai TPM dan Menteri KDN terlibat. Azis sebagai Timbalan Menteri KDN jangan lupa Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah ni adalah lumrah atau kebiasaan di Pengerusikan oleh TPM atau Menteri KDN

Tan Sri Muhyiddin Yassin misalnya adalah Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing-Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKPA -PATI). Contoh seperti minit /lampiran kertas mesyuarat di bawah pada tahun 2011 yang diluluskan kepada  syarikat yang dikaitkan dengan menantu seorang pemimpin PH berkenaan Biometrik warga asing. 


Ini contoh ketika Tan Sri Muhyiddin sebagai TPM mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa
Kabinet Pekerja Asing-PATI.
Luluskan Syarikat Nexbis Sdn Bhd. Periksa sendiri siapa dibelakang Nexbiz.

Malah pernah dilaporkan media pada tahun 2014 Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Berhubung Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin di bangunan Parlimen. Jadi apa yang barunya jika Datuk Seri Zahid Hamidi pernah mempengerusikannya. Dan tidak semua keputusan minit mesyuarat itu mampu diingati setiap TPM atau Menteri KDN! Sama ada Tan Sri Muhyiddin atau Zahid Hamidi.


 

Begitu juga jawatankuasa pekerja asing/PATI berasingan untuk Sabah iaitu Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing. Ada beribu cadangan dicadangkan pegawai tetapi tidak semestinya dapat dilaksanakan. Sekali lagi apa perlunya Azis Timbalan Menteri dan Warisan menggunakan minit tahun 2015? Ia hanya menampakkan kebodohan

Apa perlunya Azis berkata “ Ya memanglah (mereka tidak laksana) kerana BN telah tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke-14’?  

4 tahun jika sebulan sebelum PRU ke 14 adalah logik tidak sempat melaksanakannya. Bukankah semua projek, idea dan perancangan BN adalah buruk belaka di mata PH dan Warisan sehingga terpaksa dibatalkan? Tiba-tiba Pas Residen Sabah dinamakan sebagai Pas Sementara Sabah (PSS) dan dianggap idea bagus maka paling mudah bila rakyat membantah ialah salahkan BN. Apa yang pasti rakyat tidak pernah dengar apa itu Pas Residen Sabah! Tiada siapa pun yang tahu akan pelaksanaan Pas Residen Sabah. Yang rakyat dengar ialah PSS!

Tan Sri Muhyiddin Yassin tahu perkara ini kerana beliau berpengalaman sejak sebagai Timbalan Perdana Menteri lagi sehinggalah sekarang beliau Menteri KDN. Beliau lebih arif mengenai Jawatankuasa Kabinet Berhubung Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin dan jawatankuasa PATI di Sabah.

Shafie sebagai Ketua Menteri Sabah adalah Pengerusi MKN negeri Sabah. Beliau berkuasa penuh hal-hal imigresen Sabah bukan Putrajaya. Beliau bertanggungjawab meminta cadangan PSS ini perlu  diluluskan oleh Menteri KDN. Shafie mahu Tan Sri Muhyiddin yang mengumumkan PSS agar kelihatan ‘Malaya’ yang bersalah bukan dia selaku Ketua Menteri suatu hari ini.


Strategi Shafie dan Azis : 'Malaya' mengumumkan PSS

Tidak mustahil suatu hari ini Tan Sri Muhyiddin bakal menjadi ‘kambing hitam’ Warisan dan minit mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah 2019 didedahkan kepada umum yang terbaru diputuskan oleh Tan Sri Muhyiddin. 

Namun Tan Sri Muhyiddin tidak bodoh. Beliau menjawab isu PSS di Kimanis tetapi memulangkan paku keras kepada Warisan bahawa kuasa penuh pelaksanaannya adalah kuasa imigresen Sabah yang dikawal oleh Shafie Apdal. Nampak tak?

Shafie, Azis Jamman dan Warisan gagal yakinkan PSS untuk rakyat

Kerajaan Warisan dilihat gagal meyakinkan rakyat. Menyalahkan BN dengan minit mesyuarat 2015 hanya ‘membunuh diri sendiri’.


Azis kata tidak lebih 136 ribu! tapi tergagap-gagap menjawab isu tanggungan keturunan IMM13. Putar belit 

Yang rakyat persoalkan 136,055 bakal diberi PSS ini adalah pemegang IMM13 (51,645), Kad Burung-Burung (36,892) dan Sijil banci sebanyak 47,518. Azis sendiri di Parlimen tidak pasti mengenai jumlah yang bakal diberi tidak mengira tanggungan pemegang dokumen. Ini bermakna jumlahnya mungkin lebih  besar mencapai 800 ribu orang jika satu keluarga 5 orang.

Kad banci dan kad burung-burung tidak berstatus imigresen dan sepatutnya mereka sudah tidak boleh menetap di negara ini. Dua  dokumen lagi tidak sepatutnya dimasukkan dalam senarai dokumen PSS.

Dengar putar belit Azis Jamman. 

Isu keturunan pemegang dokumen IMM13 dan PSS juga tidak dinyatakan dengan jelas. Undang-undang sedia ada kewarganegaraan memberi peluang anak pemegang IMM13 yang berkahwin dengan pemegang MyPR layak secara automatik sebagai warganegara.

Ini bermakna pemegang PSS jika berkahwin dengan warganegara melalui perkahwinan yang sah anak-anak mereka layak mendapat kewarganegaraan Malaysia. Ini yang menjadi kebimbangan rakyat. Ia menggugat hak-hak rakyat  asal untuk tempoh kebelakang.

Sekitar bulan November 2018, Datuk Azis Jamman Timbalan Menteri KDN melaporkan Filipina tidak menerima kad IMM13 kembali ke Filipina. 

Bagaimanapun Azis Jamman kantoi kedutaan Filipina menafikan kenyataan Azis Jamman itu. Filipina jelasnya menerima kad IMM13 sebagai dokumen sokongan bagi permohonan mendaftarkan kelahiran, pasport dan dokumen-dokumen perjalanan yang lain. Jadi mengapa tak hantar balik?

[ARTIKEL BERKAITAN- Kedutaan Filipina nafi kenyataan Timbalan Menteri tolak rakyatnya miliki IMM13 ]

Kedutaan Filipina nafi kenyataan Timbalan Menteri tolak rakyatnya miliki IMM13

Apa perlunya memberi mereka PSS untuk kekal setiap 3 tahun lagi? Ini bermakna sambungan setiap 3 tahun lagi bermakna pemegang IMM13 akan menetap 100 tahun lagi beranak pinak. Mereka tidak akan kembali ke Filipina lagi.

Yang lebih rakyat tidak faham bagaimana UPKO yang kononnya memperjuangkan isu PTI tiba-tiba menjadi pelindung dan minta rakyat Sabah menerima pemegang IMM13 lama sebagai warga Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Madius Tangau seru rakyat setuju beri PSS kepada pemegang IMM13 berkeluarga menetap di Sabah ]

Kamu tahu bagaimana suasana PSS dibuka di Sabah. Sudah ada contoh pemegang IMM13 menyerbu imigresen. Lihatlah suasana panik ini nanti. Ini yang Shafie, Azis Jamman dan Warisan  idamkan? Maka 100 tahun lagi pelarian Filipina tidak akan kembali ke negara asal. Malaysia akan terus menjadi syurga PTI

 

 

 

6 Comments