(VIDEO) Sekatan jalan raya ‘paling teruk’ dalam PRK Kimanis tidak mampu halang ‘Rakyat Tolak PSS’
05:01 Jan 16, 2020  |  By SabahKini2
(VIDEO) Sekatan jalan raya ‘paling teruk’ dalam PRK Kimanis tidak mampu halang ‘Rakyat Tolak PSS’

Sekali[un disekat rakyat tidak sesekali mundur. Laungan "Say No to PSS", "Tolak PSS" terus bergema di Kimanis sekalipun sekatan jalan raya dibuat untuk menghalang orang ramai hadir program yang dianjurkan oleh pembangkang. Namun kuasa rakyat tidak boleh d

Himpunan Bantah PSS berjaya menghimpunkan lebih 1500 di Pekan Membakut, Kimanis sekalipun sekatan jalan raya dibuat oleh polis atas arahan Menteri Warisan bagi menghalang kehadiran orang ramai ke perhimpunan itu.

Peserta yang hadir berpakaian hitam yang tertera perkataan "Say No to PSS", "Tolak PSS".Peserta turut melaungkan slogan "bantah PSS", "tolak PSS" “tolak mundu” “tolak pilak” sebaik protes bermula pukul 9.50 pagi tadi itu.

Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Pendidikan Peningkatan Pendidikan Orang Awam (Pipa) Benjamin Ondoi berkata dasar itu boleh menyebabkan peningkatan populasi di Sabah sehingga satu juta orang.

Beliau menggesa rakyat supaya menolak PSS.

Sementara itu, Pengerusi Solidariti Rakyat Sabah (Sorak) Jamain Sarudin melahirkan kebimbangan penduduk tempatan mungkin akan menjadi "pelarian" di negeri mereka sendiri.

Pipa dan Sorak adalah dua NGO yang menganjurkan perhimpunan tersebut.

Pengerusi Wanita MCA Sabah Pamela Yong menggesa para pengundi di Kimanis untuk menolak calon Warisan Karim Bujang, pada hari mengundi, Sabtu ini.

Beliau berkata Warisan akan lebih yakin melaksanakan PSS sekiranya berjaya menang PRK Kimanis.

"Mereka (pendatang tanpa izin di Sabah) perlu dihantar pulang dan datang semula menggunakan dokumen perjalanan undang-undang yang sah," katanya.

Bekas anggota parlimen Kimanis, Anifah Aman tampil sebagai penceramah utama himpunan yang digelar "Himpunan Solidariti Rakyat Bantah PSS".

Tiga penceramah lain ialah ketua pembangkang Sabah dan Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) Yong Teck Lee, dan Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah dan Adun Kinulu, Johniston Bangkuai.

Turut kelihatan ialah Calon Ahli Parlimen Kimanis Datuk Mohammad Alamin

Beberapa pemimpin pembangkang menyuarakan rasa kekecewaan sekatan jalan raya polis sebagai usaha menghalang rakyat hadir. Sekatan telah menyebabkan kesesakan jalan raya paling teruk dari Papar hingga ke Membakut.

PRK Kimanis boleh dinobatkan “Road Block paling teruk dalam sejarah PRK"

Atas alasan keselamatan seorang peserta himpunan bantah PSS ditangkap kerana membawa replika parang. Bagaimanapun media pro kerajaan melaporkannya sebagai seolah-olah bakal berlaku keganasan dalam himpunan itu.

Pada 6 September lalu, Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing dipengerusi bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PSS akan dikeluarkan bermula 1 Jun ini.

PSS adalah untuk menggantikan tiga jenis dokumen dikeluarkan kepada warga asing tinggal lama di Sabah iaitu IMM13, Sijil Banci dan Kad Burung-Burung.

 

 

 

10 Comments