Pesta dadah libatkan Adun Dengkil, Pegawai Khas ditangkap didalangi pemilik syarikat KG Sport Kau Git Kaur yang melobi projek KBS. Kau Git Kaur yang punya hubungan rapat KP MSN memang menyapu semua projek MSN.
Sejak pesta dadah yang diserbu polis dan membawa kepada penahanan 17 individu termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor Adhif Syan Abdullah dan empat pegawai khas Menteri PH serta kontraktor dan GRO di sebuah unit kondo media sudah mula mendedahkan dalang pesta itu, iaitu Kau Git Kaur Timbalan Presiden Malaysian Gymnastics Federation.
Kau Git Kaur akhirnya digantung sebagai Timbalan Presiden kerana insiden lobi memalukan itu.
Kondo parti dadah dan pesta Bersama GRO sebelum ini dilaporkan berlaku di premis GK Sport & Recreation Sdn Bhd, syarikat milik Kau Git Kaur. Syarikat ini menjalankan perniagaan “supply of sports equipment” yang telah menjadi pembekal dan Kontraktor kementerian Belia Dan sukan dan Kementerian Pendidikan Malaysia sejak tahun 2002
Portal The Malaysian Insight melaporkan, ahli perniagaan (Kau Git Kaur ) dikenal pasti sebagai dalang parti dadah bagi tujuan melobi projek dan kontrak kerajaan.
Persoalannya Kau Git Kaur adalah kroni atau proksi siapa?
Adakah tiga Pegawai Khas Menteri iaitu Pizi Jihat, Pegawai Khas Tan Sri Dato Hj Muhyiddin Yassin, Muhammad Fadzil Mohd Ahmad pegawai Khas Setiausaha Politik Perdana Menteri dan Ahmad Redzuan Mohamed Shafi, Pegawai Khas Menteri Belia & Sukan yang juga Penolong Setiausaha Armada Bersatu? Mungkinkah saling rangkaian antara mereka?
Atau Adun Dengkil Adhif Syan Abdullah yang juga Timbalan Pengerusi Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negeri Selangor kroni Kau Git Kaur?
Apakah Kau Git Kaur mempunyai kaitan dengan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Menteri Belia dan Sukan kerana pegawainya terlibat?
Adakah ini ada kaitan dengan arahan Aizad Roslan Setiausaha Politik KBS yang berkuasa itu?
Bermacam-macam persepsi timbul sehingga semua projek syarikat GK Sport & Recreation Sdn Bhd milik Kau Git Kaur didedahkan berkaitan dengan Majlis Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan.
Apa kepentingan Adun Dengkil dengan Kau Git Kaur?
Kau Git Kaur Kroni Datuk Ahmad Shapawi Ismail Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara?
Menurut sumber Kau Git Kaur memang banyak mendapat projek daripada Majlis Sukan Negara dan KBS.
Shapawi, Kau Git Kaur- Akrab rapat dan Kroni
Kau Git Kaur dikatakan sangat rapat dan akrab dengan Ketua Pengarah MSN itu. Lantaran itu tidak hairan banyak projek Kau Git Kaur GK Sport Group ini daripada MSN. Mengapa? Kerana kuasa kelulusan adalah daripada Ketua Pengarah.
Datuk Ahmad Shapawi Ismail hanya mengarahkan Kau Git Kaur melaksanakan lobinya untuk mendapat sokongan daripada pejabat Menteri dan selepas itu ia disambut mudah oleh Datuk Ahmad Shapawi Ismail. Ia strategi yang bijak kerana Kau Git Kaur telah menyusun semua peringkat jika tender pun bermakna teknikal dari pejabat Ketua Pengarah MSN dan pegawainya telah diatur lebih awal.
Karaoke, Pesta dadah dan perempuan seksi
Apa yang perlu dilakukan oleh Kau Git Kaur ialah melobi dahulu dengan menawarkan khidmat GRO, ‘Call Girls’, minuman keras dan dadah. Ia disusuli dengan pemberian wang.
Oleh kerana Adun Dengkil Adhif Syan Abdullah adalah Timbalan Pengerusi Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negeri Selangor maka sebarang projek melibatkan MSN Selangor Adhif Syan Abdullah akan menyambutnya.
Jika projek itu berkaitan dengan Menteri Besar Selangor YAB Dato’ Seri Amiruddin Shari maka Kau Git Kaur yang akses Menteri Besar boleh melakukannya. Datuk Ahmad Shapawi Ismail KP MSN dan MB Selangor sudah dalam genggaman Kau Git Kaur. Itulah hebatnya pelobi Kau Git Kaur!
Apa dia tak sapu di MSN dan KBS? Pegawai Menteri, pegawai politik atau penjawat awam adalah ‘makanan’ dan ‘alatan’ Kau Git Kaur!. Baca GK Sport
GK Sport & Recreation Sdn Bhd milik Kau Git Kaur sapu MSN. Apakah dia dapat tanpa kabel KP MSN?
SUKMA XIX PERAK 2018
2018 : Supplier of Judo Mats, Basketball Backstops and accessories
AKADEMI BOLASEPAK MERAH KUNING
2018 : Supplier of fitness equipment
MAJLIS SUKAN NEGERI SELANGOR
2017 : Supplier of fitness equipment
29TH SEA GAMES KUALA LUMPUR
2017 : Supplier of gymnastics and rhythmic equipment
GIMNASIUM 3, MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA
2017 : Supply and install Gymnova Sprung Floor
SUKMA SARAWAK
2016 : Supply Competition Rhythmic Carpet
PROJECT GYMNASTIC KPM HALL IN JOHOR
2015 : To supply gymnastics equipment and sports flooring
PROJECT GYMNASTIC KPM HALL IN KEDAH
2015 : To supply gymnastics equipment and sports flooring
PROJECT GYMNASTIC KPM HALL IN PERLIS
2015 : To supply gymnastics equipment and sports flooring
PROJECT GYMNASTIC KPM HALL IN PERAK
2015 : To supply gymnastics equipment
PROJECT GYMNASTIC KPM HALL IN KUALA SELANGOR
2014 : To supply gymnastics equipment and sports flooring
16TH SUKMA, KUALA LUMPUR
2013 : Supplier of Gymnastics Equipment and Judo Mat
NATIONAL SPORTS COUNCIL
2011 : Supplied Gymnastics Pit System
Sementara itu media melaporkan Pengerusi Pertubuhan Kesejahteraan dan Hak Rakyat (Power), S. Gobi Krishnan (dua kiri) bersama Pengerusi Pertubuhan Gerakan Anti Rasuah Negara (Gegar), Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor (kiri) serta NGO yang lain membuat laporan SPRM terhadap menteri dan syarikat GK Sport berkaitan serbuan polis di Private Party di Ibu Pejabat SPRM.
Apakah SPRM akan menyiasat kes lobi projek ini?