Banjir Sg Pampang Keningau kerana pembalakan satu tuduhan liar- Sam Mannan
16:12 Dec 20, 2017  |  By SabahKini2
Banjir Sg Pampang Keningau kerana pembalakan satu tuduhan liar- Sam Mannan

Sam Mannan menjelaskan sumber Sungai Pampang terletak di Taman Banjaran Crocker, kawasan hutan yang sebahagian besarnya masih murni dan tidak pernah dibalak.

 


Link Youtube SabahkiniTv2: Klik

[Video] banjir di kampung Pampang dan tanah runtuh apabila air Sungai berlebihan

KOTA KINABALU: Jabatan Perhutanan Sabah menyangkal dakwaan kononnya banjir di Kampung Pampang, Keningau, yang memusnahkan 12 rumah pada Isnin, akibat pembalakan di kawasan tadahan air Banjaran Crocker.

Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan dalam kenyataan berkata dakwaan itu, yang tersebar di media sosial, dilakukan oleh individu “jahil”.

“Dakwaan itu tidak benar dan tidak lebih daripada tuduhan liar,” katanya.

Sam menjelaskan sumber Sungai Pampang terletak di Taman Banjaran Crocker, kawasan hutan yang sebahagian besarnya masih murni dan tidak pernah dibalak.

Bagaimanapun, terdapatnya pencerobohan dan pertanian pindah getah dan padi, katanya.

Sungai itu juga mengalir melalui beberapa penempatan dan pekan Keningau.

“Di musim kering, sungai itu menjadi sungai kecil dengan aliran air yang lemah. Bagaimanapun, akses ke sungai dan tanah rata menarik minat setinggan yang membina rumah-rumah haram di di tebing sungai malah di atasnya.

“Selepas ribut tropika Greg pada 1996, notis diberikan kepada setinggan untuk mengosongkan tebing dan meruntuhkan penempatan itu. Kawasan tersebut rizab tebing sungai dan tidak sesuai untuk penempatan manusia,” jelasnya.

Malangnya, setinggan tidak berpindah dan terus berkembang, kata Sam.

Beliau berkata kedudukan rumah di tebing hanya mengundang bencana kerana banjir merupakan fenomena biasa.

“Banjaran Crocker sumber air tawar paling penting dan terbesar untuk pantai barat dan pedalaman.

“Tetapi apabila hujan turun tanpa henti, keupayaan tampung air sudah melebihi dan lebihan air mengalir ke alur sungai, termasuk Sungai Pampang.

“Sumber air yang banyak inilah yang menyebabkan banjir baru-baru ini. Ia ulangan kejadian 1996 (semasa ribut tropika yang meragut 100 nyawa di Keningau).

“Air berlebihan daripada aliran permukaan ialah fenomena biasa. Membina rumah di atas atau di tepi sungai hanya mengundang bencana,” katanya.

 

Fenomena banjir, peristiwa rebut Greg dan Penempatan Setinggan tepi sungai

 

Semakan Sabahkini2 Portal DAP Roketkini turut melakukan fitnah dengan berkata 20 tahun selepas peristiwa Ribut Greg, tiada langkah tangani kemusnahan hutan Keningau

Peristiwa Ribut Greg dan banjir lumpur pada 26 Disember 1996 yang meragut banyak nyawa dan harta-benda satu dari bencana alam.

Selepas 20 tahun tempoh yang lama itu berlaku, kini sekali lagi Keningau dilanda musibah apabila air sungai naik dan lebihan air mengalir ke alur sungai, termasuk Sungai Pampang yang menyebabkan menghanyutkan 10 buah rumah hanyut dan juga kenderaan di Kampung Pampang dan Kampung Durok, Keningau.

Selepas 20 tahun juga rakyat hidup aman dan kini setelah berlakunya bencana DAP menyalahkan kerajaan kononnya tidak menangani masalah pembalakan sedangkan Taman Banjaran Crocker, kawasan hutan yang sebahagian besarnya masih murni dan tidak pernah dibalak.

Sebagaimana kenyataan Datuk Sam Manan mengenai notis kepada setinggan mengosongkan tebing dan meruntuhkan penempatan yang tidak diendahkan oleh penduduk setinggan majoritinya warga asing sepatutnya DAP atau pembangkang membantu menjelaskan perkara ini untuk keselamatan nyawa rakyat.

 
Usaha Kerajaan Negeri melindungi hutan dan tak mungkin sungai melimpah di Keningau akibat pembalakan.

Pembalakan di Negeri Sabah adalah sangat terkawal. Keluasan hutan negeri Sabah pada tahun 2002 hanya 838 ribu hektar sahaja.

Namun atas  kesungguhan yang tinggi, Tan Sri Musa Aman dan rakan-rakan anggota Kabinet Sabah kini telah berjaya meningkatkan jumlah keluasan hutan tersebut menjadi 1.8 juta hektar! Pertambahan yang melebihi dua kali ganda!

Menjelang Tahun 2025, dijangka kawasan hutan simpan di negeri ini akan meliputi 30% daripada luas keseluruhannya. Dengan mengambil kira Hutan Simpan Kekal ini, kemudian ditambahkan dengan kawasan   kawasan yang boleh dibalak, maka pada Tahun 2025 nanti kawasan Hutan di Sabah ini  meliputi separuh (50%) daripada kawasan daratan secara keseluruhannya.

Dakwaan yang menyatakan bahawa kononnya pada tahun 2020 nanti, 75% kawasan hutan Sabah bakal musnah, hanya satu tuduhan liar yang berunsur spekulasi dan provokasi.

Ikuti lanjut usaha kerajaan Sabah itu dalam memelihara hutan, alam sekitar, pemuliharaan dan perlindungan alam dan fauna yang videonya disiarkan oleh Sabahkini2 secara bersiri. Saksikan Siri pertama “PART 1: THE RAINFOREST HEROES OF SABAH- MALIAU- DERAMAKOT”

 Link Youtube: Klik

 

1 Comment