[VIDEO] Jentera BN dominasi Pusat Pengundian, jentera Warisan gaduh 'dedak' cabut awal
15:01 Jan 18, 2020  |  By SabahKini2
[VIDEO] Jentera BN dominasi Pusat Pengundian, jentera Warisan gaduh 'dedak' cabut awal

Jentera BN, PAS dan Muafakat Sabah terus berkempen sehingga detik-detik akhir jam 5 petang. Namun kelibat jentera Warisan sudah menghilang sejak tengahari. Malah ada jentera bergaduh kerana Dedak

KIMANIS- Jentera PRK BN terus bekerja menjelang jam 5 tutupnya pusat pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.

Tinjauan dibeberapa pusat pengundian mendapati majoriti perayu Barisan Nasional (BN) dan rakan-rakan komponen lain termasuk PAS cukup bersemangat merayu hingga saat-saat akhir.

Jentera-jentera BN paling menonjol di Dun Membakut berbanding jentera Warisan malah didapati ada pusat pengundian tidak kelihatan jentera Warisan.

Terdapat laporan ada jentera dan perayu undi tidak kelihatan di PDM kerana petugas parti Warisan membawa lari wang untuk jentera dan pengundi menyebabkan ramai petugas boikot.

Suasana di Sekolah Menengah Membakut, Sekolah Menengah Kebangsaan St Patrick, Sekolah Kebangsaan Bandau dan Sek Kebangsaan Binsuluk sangat meriah dengan sokongan pengundi Kimanis terhadap BN.

Sebanyak 19 pusat mengundi melibatkan 68 saluran dibuka dari 7.30 pagi hingga 5.00 petang ini bagi membolehkan pengundi memilih wakil rakyat baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.

Proses mengundi yang akan berlangsung selama sembilan jam setengah itu, membabitkan seramai 29,619 orang daripada 29,664 pengundi biasa yang layak mengundi.

Sumber berkata dijangka BN boleh meraih kemenangan besar di Parlimen Kimanis ini jika tiada unsur khianat dari pemerintah

Terdapat beberapa insiden jentera Warisan mengamuk di PDM kerana menuntut bayaran gaji atau konflik dalaman berkaitan wang pilihanraya. Malah turut didedah dalam laman sosial serta aplikasi whatsApp

 

6 Comments