Hasutan Warisan Punca Geng 'Sultan Sulu' Serang Papagomo di KKIA?
10:01 Jan 21, 2020  |  By SabahKini2
Hasutan Warisan Punca Geng 'Sultan Sulu' Serang Papagomo di KKIA?

Sebelum ini orang kuat Warisan ‘Raymond Well’ mengugut membunuh. “Jangan kasi lama pastikan budak ini (Papa Gomo) mayatnya selamat sampai dihantar ke pangkuan keluarganya.” Datu Akjan 'Sultan Sulu' akhirnya membawa budak-budak PTI merusuh di KKIA

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) menafikan terlibat dengan insiden kekerasan ke atas Papagomo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) yang berlaku pada Ahad.

Setiausaha Agung Warisan Datuk Loretto Padua berkata, Warisan tidak akan menyokong mana-mana budaya samseng yang cuba dibawa ke negeri ini.

“Kami tidak tahu menahu berkenaan insiden tersebut sehinggalah ia diviralkan. Warisan tidak akan menyokong mana-mana budaya samseng kerana itu bukan budaya kami di sini.

 “Warisan tidak berkompromi dengan budaya samseng,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menjadi persoalan mengapa Setiausaha Agung  Loretto Padua tidak menasihati orang kuat Warisan seperti Raymond Well ini? Mengapa dibiarkan bebas membuat kenyataan bagi mempertahankan Warisan dalam laman sosial. Tiada kenyataan media pun menyanggah ugutan Raymond Well. Apakah Warisan membiarkan kudanya ke depan dan pemimpin Warisan di belakang tabir  mengarahkannya?

Muhammad Azri Wan Deris turut membuat laporan polis selepas insiden diserang sekumpulan geng Sulu di ketuai ‘Sultan Sulu’ Datu Datu Akjan Datu Ali Muhammad di KKIA.

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] ‘Sultan Sulu’ Datu Akjan bersama pengikut Sulu serang Papagomo di KKIA demi Shafie, Warisan, PSS! ]

[VIDEO] ‘Sultan Sulu’ Datu Akjan bersama pengikut Sulu serang Papagomo di KKIA demi Shafie, Warisan, PSS!

Papagomo dalam kenyataan di laman media sosial Facebooknya mendakwa beliau dipukul sekumpulan lelaki dipercayai penyokong Warisan.

”Harap pihak polis siasat dan ambil tindakan ke atas mereka sekumpulan penyokong Shafie Apdal Ketua Menteri Sabah yang memukul saya dan harap pihak polis tidak mengabaikan laporan yang saya buat ini walau siapa pun mereka itu yang bertindak ganas menyerang saya,” ujarnya.

Ugutan Pengikut Warisan

Sehari sebelum pembuangan undi Datu Akjan mengugut akan menyerang Papagomo dan pengikutnya di KKIA jika Papagomo enggan meminta maaf.

Turun tular ialah pengikut Warisan tegar dikenali Raymond Well yang menyeru warga Sabah untuk membunuh dan bakar hidup-hidup Papagomo serta menghalangnya keluar daripada KKIA.

 

 

Tan Sri Musa Hassan bekas IGP turut mempersoalkan apa Raymond Well yang mengugut membunuh ini adalah anggota polis?

Perkara ini perlu disiasat memandangkan ia menyentuh sentimen Warisan terhadap kebencian terhadap petugas jentera BN di Sabah.

Kemungkinan besar seruan hasutan seumpama itu mempengaruhi pendatang Sulu menyerang Papagomo dengan membawa senjata tajam seperti pisau dan kerambit.

Sehingga ke hari ini Raymond Well belum ditangkap malah tulisannya dalam facebook mengugut juga telah dipadam. 

 

 

5 Comments