3 Geng 'Sulu' beri keterangan polis, siasatan akan dihantar ke pejabat Peguam Negara
06:01 Jan 22, 2020  |  By SabahKini2
3 Geng 'Sulu' beri keterangan polis, siasatan akan dihantar ke pejabat Peguam Negara

3 telah beri keterangan, bakinya masih diburu. Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkata polis akan menyiasat kes itu tidak kira siapa. “Dalam apa juga insiden, siasatan dan tindakan akan diambil, tidak ada yang terlepas,” katanya

KOTA KINABALU: Polis masih memburu geng Sulu yang menyerang Papagomo di KLIA. Setakat ini tiga lelaki telah diambil keterangannya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, ketiga-tiga mereka tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, kira-kira jam 4 petang

“Ketiga-tiga mereka yang dipercayai terbabit dalam insiden itu diambil keterangan

“Semua mereka dibebas dengan jaminan polis namun siasatan masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Terdahulu, kira-kira jam 7.30 malam, 19 Januari lalu, Wan Muhammad Azri diserang Datu Akjan dan pengikut Sulu di salah satu kaunter di KKIA.

Rizal Pawaki Sulu masih diburu

Video dan gambar yang tular jelas menunjukkan wajah perusuh Sulu di KKIA itu.

Menurut laporan beberapa pihak yang terlibat adalah pemegang IMM13 dan juga PTI.

Sementara itu Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkata polis akan menyiasat kes itu tidak kira siapa.

 “Dalam apa juga insiden, siasatan dan tindakan akan diambil, tidak ada yang terlepas,” katanya

Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, kertas siasatan kes itu akan dihantar ke pejabat Peguam Negara sebelum menentukan sama ada kes layak didakwa berdasarkan bukti sedia ada atau tidak.

Katanya, pihaknya juga tidak menyebelahi mana-mana pihak dan menyiasat berdasarkan bukti mengikut undang-undang negara.

“Apapun, perbuatan itu adalah tidak sihat apatah lagi ia berlaku di lapangan terbang. Nampak tidak baik, seolah-oleh negara ini tidak ada undang-undang,” katanya.

 

 

1 Comment