Didesak rakyat kini Malaysia gantung visa rakyat China dari Wuhan, Hubei
16:01 Jan 27, 2020  |  By SabahKini2
Didesak rakyat kini Malaysia gantung visa rakyat China dari Wuhan, Hubei

Setelah mengambil kira perkembangan terkini kes jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) di China barulah kerajaan bertindak.

Selepas teguran dan komen netizen kepada kerajaan berhubung kes jangkitan novel koronavirus 2019 yang semakin melarat membimbangkan rakyat sama ada mahu mengejar keuntungan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 atau keselamatan nyawa.

Putrajaya hari ini mengambil keputusan menggantung sementara semua visa kepada rakyat China dari Wuhan dan Hubei, susulan wabak koronavirus yang mengorbankan lebih 2,000 orang seluruh dunia.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata kerajaan menggantung sementara kemudahan imigresen iaitu eNTRY (kemudahan tanpa visa), Visa Semasa Ketibaan (Visa on Arrival), e-visa dan visa manual.

“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira perkembangan terkini kes jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) di China, khususnya di wilayah Hubei dan ianya adalah berkuatkuasa serta merta,” menurut kenyataan itu.

Menjadi tanda tanya di mana Menteri Dalam Negeri ketika tercetusnya insiden Corona virus sehingga tugas Menteri KDN diambil alih oleh pejabat Perdana Menteri.

1 Comment