(VIDEO) Koronavirus: Pembelian panik rakyat Singapura, simpan stok makanan, barang keperluan
08:02 Feb 09, 2020  |  By SabahKini2
(VIDEO) Koronavirus: Pembelian panik rakyat Singapura, simpan stok makanan, barang keperluan

Beberapa gambar turut tular di media sosial memaparkan rak kosong, troli dipenuhi barangan dan orang ramai beratur panjang di kaunter pasar raya.

Kredit Video: Star TV

SINGAPURA: Penduduk Singapura mula melakukan pembelian panik dan mengosongkan rak di pasar raya utama selepas kerajaan menaikkan tahap amaran susulan penularan novel coronavirus (2019-nCoV).

Pengumuman itu menyebabkan 5.7 juta penduduk negara ini, kebanyakannya memakai topeng muka bergegas ke pasar raya melakukan pembelian panik bagi menyimpan barangan seperti beras, mi dan tisu tandas.

Beberapa gambar turut tular di media sosial memaparkan rak kosong, troli dipenuhi barangan dan orang ramai beratur panjang di kaunter pasar raya.

“Saya bimbang jika kerajaan menaikkan lagi tahap amaran, kami mungkin tidak dibenarkan keluar rumah,” kata seorang suri rumah berusia 50 tahun yang enggan dikenali.

Dalam pada itu, Menteri Perdagangan, Chan Chun Sing, berkata tiada keperluan untuk orang ramai melakukan pembelian panik kerana bekalan sentiasa mencukupi.

“Tidak akan berlaku kekurangan bekalan makanan dan barangan keperluan harian,” katanya menerusi status yang dimuat naik di Facebook.

Sehingga kini, sebanyak 33 kes dilaporkan di Singapura, memaksa kerajaan menaikkan amaran Kedudukan Sistem Tindak Balas Perebakan Penyakit (DORSCON) dari tahap kuning ke jingga. - AFP

Comment