5000 ekar tanah hampir dirembat, kini 1700 kayu balak di Long Mio, Sipitang dicuri!
06:02 Feb 09, 2020  |  By SabahKini2
5000 ekar tanah hampir dirembat, kini 1700 kayu balak di Long Mio, Sipitang dicuri!

Selepas 5000 ekar tanah di Long Mio hampir dirembat 'orang luar' kini kecoh 1700 batang balak dicuri di Long Mio. Apa sudah jadi? Siapa dalang pencuri balak ini? Jika tiada 'Orang Besar' mana mungkin mereka berani mencuri balak!

SIPITANG: Belumpun reda isu Shafie Apdal dan Kerajaan Warisan bakal beri tanah 5000 ekar kepada Antanyu Nulhaji ‘orang luar’  di Long Mio Sipitang kini muncul pula isu curi balak di Kawasan Long Mio.

[ARTIKEL BERKAITAN- SFI telah digadai! Kini Shafie arah beri tanah 5000 ekar kepada ‘Orang Luar’ di Kg Long Mio Sipitang

[ARTIKEL BERKAITAN- Kerana tular! Arahan Shafie beri tanah 5000 ekar kepada ‘Orang Luar’ di Long Mio dibatalkan

Kerana tular! Arahan Shafie beri tanah 5000 ekar kepada ‘Orang Luar’ di Long Mio dibatalkan

 

Apakah mohon tanah dan curi balak di Long Mio adalah satu kebetulan?

7 Februari lalu media melaporkan Pasukan Penguatkuasa Khas dan unit PROTECT Jabatan Perhutanan Sabah merampas sekitar 1,700 batang balak di kawasan Long Mio, Sipitang yang disyaki ditebang dan dikumpul secara tidak sah.

Ketua Konservator Hutan, Datuk Mashor Mohd Jaini, berkata pihaknya menerima aduan berkenaan pencerobohan di sebuah kawasan konsesi Sabah Forest Industries Sdn Bhd (SFI) di Hutan Simpan Ulu Sungai Padas, baru-baru ini.

“Rampasan berkenaan dibuat bagi membantu siasatan.

“Dalam kejadian itu, bermula dengan tinjauan udara menggunakan helikopter, Pasukan Penguatkuasa Khas mengesan longgokan kayu balak di suatu kawasan dan memaklumkan kepada pasukan PROTECT untuk membuat serbuan lapangan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati balak berjumlah lebih kurang 1,700 batang dikumpul di beberapa lokasi berasingan dan pihak terbabit yang disyaki melakukan aktiviti bercanggah dengan Enakmen Hutan 1968 sudah dikenalpasti,” katanya.

Beliau turut berkata kes terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 20 Enakmen Hutan 1968 dan sekiranya disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 dan penjara tidak kurang satu tahun tetapi tidak melebihi 20 tahun.

“Pihak kami juga memberi amaran kepada semua pengusaha pembalakan dan pemilik tanah yang sedang membuka kawasan supaya tidak memandang ringan perkara ini.

“Kesalahan sedemikian sangat serius dan jabatan tidak akan berkompromi sama sekali,” katanya dalam kenyataan itu.

Mac tahun lalu Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata tiada lagi pembalakan haram di Sabah terutamanya di kawasan hutan simpan.

Tahun lalu tular video 49 lori mengangkut balak terkandas di jalan raya yang menghubungkan jalan Nabawan ke Kalabakan menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat mengenai kesungguhan kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengawal aktiviti pembalakan di negeri ini.

Ketua Konservator Hutan Sabah mengaku 49 lori balak tular libatkan konsesi Yayasan Sabah

Akhirnya Ketua Konservator Hutan, Datuk Mashor Mohd Jaini mengaku terdapat tiga lagi pelesen yang mengangkut balak pada hari kejadian iaitu Zillion Fortune Sdn Bhd, Jawala Plantation Industries Sdn Bhd, dan dua syarikat di bawah lesen Yayasan Sabah iaitu Kontraktor Usahawan Borneo Sdn Bhd dan Kontraktor Timjadi Sdn Bhd terlibat

[ARTIKEL BERKAITAN- Ketua Konservator Hutan Sabah mengaku 49 lori balak tular libatkan konsesi Yayasan Sabah

Penglibatan Yayasan Sabah sebelum ini tidak didedahkan kepada rakyat sehinggalah insiden kemalangan itu berlaku dan mengesahkan syarikat di bawah Yayasan Sabah yang dipengerusikan oleh Dato’ Seri Shafie Apdal juga terlibat.

Apakah kali ini insiden mencuri 1700 balak juga ada kaitan dengan pemohon tanah, pemilik industri yang ada kaitan dengan pemimpin Warisan?

 

[BACA LANJUT YAYASAN SABAH DIPENGERUSIKAN SHAFIE - Mengejutkan! Yayasan Sabah dikuasai keluarga suku sakat Shafie Apdal, Jamalul Kiram ]

 

 

 

 

 

3 Comments