Pembangkang Sabah rancang tubuh parti baru di Sabah
11:02 Feb 11, 2020  |  By SabahKini2
Pembangkang Sabah rancang tubuh parti baru di Sabah

Pertemuan selama 2 jam menggunakan slogan “Perpaduan Rakyat” itu dipengerusikan oleh Anifah Aman, bekas menteri luar dan ahli Parlimen Kimanis.

KOTA KINABALU: Beberapa pemimpin utama pembangkang Sabah bertemu di Penampang semalam dalam satu perkembangan yang dilihat sebagai percubaan baru untuk membentuk satu pakatan politik, dan dipercayai bersetuju untuk bergabung dalam sebuah parti baru.

Pertemuan selama 2 jam menggunakan slogan “Perpaduan Rakyat” itu dipengerusikan oleh Anifah Aman, bekas menteri luar dan ahli Parlimen Kimanis.

Hanya Parti Bersatu Sabah tidak hadir dalam pertemuan hari ini.

Turut hadir hari ini ialah Jeffrey Kitingan, presiden Parti Solidariti Tanah Airku; Yong Teck Lee, presiden Parti Progresif Sabah; Wilfred Bumburing, yang mengetuai Parti Cinta Sabah; Henrynus Amin, presiden Parti Kerjasama Anak Negeri; Francis Goh, penasihat Parti Gagasan Rakyat Sabah dan Pamela Yong, ketua Wanita MCA Sabah.

Selain itu adalah Adun Bingkor Robert Tawik; Ewon Ebin daripada Upko; bekas pemimpin Upko Marcus Mojigoh; anggota Majlis Tertinggi Upko, Ewon Ebin; Adun Nabawan, Ellron Angin; bekas ahli Parlimen Putatan, James Ligunjang dan pemimpin politik kanan Sabah lain.

Menurut Ligunjang satu parti baru yang akan diumumkan kemudian.

“Ideanya ialah untuk menggabungkan semua parti untuk menjadi satu parti. Semua telah bersetuju,” katanya.

“Masih terlalu awal untuk menentukan bagaimana parti baru itu akan lahir,” katanya.

Anifah juga tidak menafikan bahawa semua parti harus dibubarkan terlebih dahulu bagi membolehkan rancangan itu menjadi kenyataan.

Ketika ditanya tentang peranannya dalam gabungan baru itu, Anifah, yang tidak menganggotai mana-mana parti berkata, adalah terlalu awal untuk membuat komentar kerana terdapatnya pemimpin lain yang tidak berparti yang akan menyertai parti baru itu.

Anifah seperti yang dilaporkan sebelum ini menubuhkan partinya sendiri.

 

7 Comments