Dato' Sri Penipu PhD PALSU tanding Ketua Bahagian Bersatu Putrajaya target calon Pilihanraya!
01:02 Feb 13, 2020  |  By SabahKini2
Dato' Sri Penipu PhD PALSU tanding Ketua Bahagian Bersatu Putrajaya target calon Pilihanraya!

Dato’ Sri Dr Erwan Tahir si 'Talam dua muka' akhirnya bertanding Ketua Bahagian Bersatu Putrajaya. Ahli Perniagaan penipu ini tidak pernah berubah, Phd Berkeley International University pun PALSU! dibeli..

Baru-baru ini Bahagian Bersatu Putrajaya tersentak apabila Bendahari Bahagian Bersatu Subang Dato’ Seri Erwan Tahir yang juga Ahli Majlis Eksekutif Biro Ekonomi Bersatu kini berpindah tiba-tiba ke bahagian Putrajaya untuk bertanding sebagai Ketua Bahagian.

Dato’ Sri Dr Erwan Tahir yang dulu gemar ‘menjual nama’ sebagai orang kanan kepercayaan Datuk Seri Zahid Hamidi bekas Menteri KDN yang kini Presiden UMNO. Beliau menggunakan jawatan beliau dalam banyak syarikat dan NGO untuk kepentingan dirinya.

Dato’ Sri Erwan Tahir adalah pemimpin ‘Talam dua muka’. Apabila Zahid tidak berkuasa lagi beliau menempel di Bersatu menggunakan wangnya sebagai ahli perniagaan dalam Biro Ekonomi Bersatu untuk mendapat kepercayaan Tun Dr Mahathir Perdana Menteri Malaysia. Malah tidak hairan kalau melihat gambar-gambar beliau bersama Menteri PH dalam usaha lobi beliau memburu jawatan.


Dato' Sri Dr Erwan kaki bodek Tun M nak bertanding Kerusi Parlimen Putrajaya. Sebab tu pindah ke bahagian Putrajaya

Pemimpin jenis ‘penjilat’ dan 'makan dua kolam' ini di mana-mana pun akan hidup dengan mengampu asalkan terus menyedut projek-projek kerajaan. Namun menghairankan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia mempercayainya dan menerimanya dalam parti. Tidak mustahil suatu hari nanti beliau akan menikam Tun Dr Mahathir dan Menteri-menteri PH pula.

Dato’ Sri Dr Erwan Tahir: Pengerusi EPE Berhad PhD PALSU

Semakan profil beliau dalam mana-mana laman web syarikat miliknya atau NGO disertainya beliau banyak menggunakan NGO untuk menggerakkan misinya seperti Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Wilayah Persekutuan (DPMMWP), Persatuan Usahawan Tenaga Malaysia (PUTM) dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF). Begitu juga syarikat yang disertainya seperti EPE Berhad, AETNA Holdings Sdn Bhd, Hextar Global Berhad, IGP Power Sdn Bhd dan lain-lain lagi.

 


Nepotisme dan kronisme: Ahli Lembaga Pengarah syarikat EPE Berhad semuanya dari bapa hingga adik-beradiknya.
Dari sini dah tahu kalau berkuasa habis keluarga suku sakat diangkat

Paling tak tahan adalah Phd PALSU beliau iaitu Doctorate in Business Administration (DBA) daripada Berkeley International University Southern California, USA.

Sebelum ini negara digemparkan dengan sijil akademik palsu dikalangan Menteri kabinet dan pemimpin parti PH. Ia melibatkan Timbalan Menteri Luar, Menteri Besar Perak  , Timbalan Ketua Menteri Sabah, Ahli MPN PKR Sabah dan beberapa lagi pemimpin PH.

Ramai yang tahu Berkeley International University terkenal dengan penganugerahan sijil akademik palsu mungkin sebab hampir menyamai universiti sebenar seperti University of California, Berkeley. Anda boleh memeriksa di laman web University of California, Berkeley dan Berkeley International University 

Tulen


Berkeley International tipu.....tempat Dr Erwan membeli sijil

Berkeley International University adalah university mill lain seperti Preston University, USA, Cambridge International University, Irish International University dan lain-lain lagi. Hanya perlu membayar RM5000 hingga RM10,000 seseorang mampu membeli sijil akademik palsu.

Oleh itu gelaran Dr PhD Dato’ Sri Dr Erwan Tahir jelas adalah PALSU.

Dan sekarang dengan PhD palsu Berkeley itu beliau menjual dirinya sebagai CEO yang hebat dan kini calon Ketua Bahagian Bersatu Putrajaya. Erwan merasakan Ketua Bahagian Bersatu Putrajaya sekarang  Hasnul Hadi Ahmad boleh ditewaskan dan targetnya ialah bertanding sebagai Ahli Parlimen Putrajaya.

Ya Dato’ Sri Dr Erwan penipu PhD palsu banyak wang untuk membeli sesiapa sahaja termasuk perwakilan Putrajaya. Namun apakah warga Bersatu Putrajaya mahu memilih pemimpin talam dua muka, pindah randah bahagian dan juga ‘kaki penipu sijil palsu’?

Jika Dato’ Sri Dr Erwan merasa benar mohon dia tunjukkan bukti PhD itu dalam laman sosial. Biar rakyat dan pihak berkaitan menilainya...

Kepada warga Putrajaya inikah pemimpin yang kamu mahu?

 

 

 

 

9 Comments