Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah sebagai calon Parti Warisan
02:12 Dec 22, 2017  |  By SabahKini2
Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah sebagai calon Parti Warisan

Menurut sumber itu dua orang Pegawai Daerah yang sudah bertemu Shafie Apdal secara rahsia ialah Dr. Hj. Chacho Bin Hj. Bulah, Pegawai Daerah Semporna dan Iman Bin Ali Pegawai Daerah Lahad Datu.

KOTA KINABALU: Sumber rapat dengan Shafie Apdal mendedahkan Shafie Apdal sedang dalam usaha berunding dengan beberapa pegawai daerah di Pantai Timur Sabah.

Ia susulan dari kebimbangan Shafie Apdal dari kepimpinan sedia yang dahulunya bekas-bekas UMNO kecewa atau parti-parti lain yang kini menyertai Parti Warisan. Beliau bimbang mereka ditolak rakyat.

Menurut sumber itu Shafie Apdal terpaksa melakukannya sebagaimana beliau membeli pemimpin politik muda seperti Darrel Leiking Ahli Parlimen Penampang, Junz Wong (Adun Likas) dan Terence Siambun (Adun Moyog).

Desas-desus perundingan Shafie Apdal dengan para pegawai Daerah yang sedang berkhidmat sudah bermula beberapa minggu lalu.

Menurut sumber itu dua orang Pegawai Daerah yang sudah bertemu Shafie Apdal secara rahsia ialah Dr. Hj. Chacho Bin Hj. Bulah, Pegawai Daerah Semporna dan Iman Bin Ali Pegawai Daerah Lahad Datu.Kedua-dua Pegawai Daerah ini dikatakan pro Warisan dan bersedia menjadi calon Parti Warisan dalam Pilihanraya Ke-14 nanti.

“Banyak wang dibelanjakan namun jumlahnya tidak didedahkan. Ketika beberapa orang kepercayaan Shafie membentangkan bajet bahagian ada yang mencadangkan RM 7 juta satu bahagian.

Namun Shafie berpendapat jumlah itu sedikit dan perlu ditambah. Bagaimanapun bayaran penyertaan Dr Chacho dan Iman dalam Parti Warisan tidak didedahkan”. Kata sumber itu.

Kebimbangan Shafie Apdal sekarang ialah kebocoran informasi rundingan dengan pegawai-pegawai daerah itu kepada pihak luar kerana bimbang tekanan dari pelbagai pihak yang boleh menjejaskan rundingan termasuk tekanan dari orang dalam Warisan sendiri yang mahu menjadi calon.

Sudah terdapat perebutan kuasa dikalangan pemimpin Bahagian Warisan sendiri untuk berebut-rebut menjadi calon. Jika tidak ditanganani ia bakal menjejaskan peluang Warisan.  

Parti Warisan juga perlu mengadakan Mesyuarat Agung Parti untuk membuat pemilihan semula Presiden dan AJK yang sah.

Pendedahan kebocoran maklumat penjualan Parti Pembangunan Warisan Sabah (Sabah Heritage Development Party) oleh Fred Gabriel dalam RM500,000 yang kecoh baru-baru ini sudah menjejaskan nama parti. Jadi Shafie Apdal mahu meminimakan perkara menjejaskan nama parti. Kata sumber itu.

 

8 Comments