Kabinet Sabah restu Raymond Ahuar Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri dipecat
16:02 Feb 13, 2020  |  By SabahKini2
Kabinet Sabah restu Raymond Ahuar Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri dipecat

Begitu banyak masalah dicetuskan oleh Raymond Ahuar selaku Ketua Pemuda PH & PKR Sabah. Raymond melakukan salahguna kuasa surat parti dengan agensi kerajaan, isu rasuah dan pelbagai lagi

KOTA KINABALU: Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah YB Datuk Christina Liew, Raymond Ahuar telah dipecat hari ini atas syor kabinet negeri Sabah berhubung tingkah laku bermasalahnya sebagai pemimpin PKR Negeri

Menurut sumber pejabat Datuk Christina Liew mengesahkan pemecatan itu.

"Ya Raymond Ahuar dipecat atas arahan kabinet. Beliau sering bertindak membelakangkan parti dan menggunakan surat parti mengarahkan pelbagai agensi kerajaan terlibat dengan program yang beliau anjurkan”. Kata sumber itu.

Banyak isu kontroversi dicetuskan oleh Raymond Ahuar sebelum ini yang menjejaskan parti dan kedudukan Christina Liew selaku  Timbalan Ketua Menteri Sabah.

7 Oktober 2018 Raymond dikaitkan dengan kes rogol wanita Indonesia namun Raymond menafikannya.

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri Sabah didakwa terlibat kes rogol? ]

Awal disember 2018 Raymond dikaitkan isu surat sokongan tender membekal dan perkhidmatan di Kementerian Pendidikan Malaysia yang menyebabkan Timbalan Perdana Menteri terpalit isu berkenaan.

[ARTIKEL BERKAITAN- SUPOL TPM dan TKM Sabah bergabung sokong Syarikat Puncak Jaya lobi Menteri KPM ‘tender bekalan bermasak’ ]

SUPOL TPM dan TKM Sabah bergabung sokong Syarikat Puncak Jaya lobi Menteri KPM ‘tender bekalan bermasak’

Awal Januari 2019 Kerajaan Negeri dikejutkan dengan isu Setiausaha Politik 'Pau' kontraktor pprojek menaikkan papan iklan di serata negeri untuk mempromosi ketua menteri.

[ARTIKEL BERKAITAN- Lagi Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri Sabah 'pau' kontraktor?

Lagi Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri Sabah 'pau' kontraktor?

11 Disember 2019 sebelum PRK Kimanis bermula sekali lagi Raymond Ahuar yang juga ketua Pemuda PH negeri membelakangkan Christina dan juga Kerajaan PH Sabah apabila mengesyorkan mahu gabungan itu bertanding pada Pilihan Raya Kecil Kimanis atas alasan Warisan tewas tipis dan bukan sebahagian daripada PH.

[ARTIKEL BERKAITAN- Warisan bukan komponen PH, Pemuda setuju PH tanding di Kimanis ]

Banyak lagi isu mengenai Raymond Ahuar termasuk bergaduh dengan pemimpin tempatan PH atau Warisan seperti Datuk Peter Anthony Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah selaku Presiden KDM Sabah.

Pemecatan Raymond Ahuar adalah kemuncaknya.

 

11 Comments