Kantoi pecat Raymond, Permit F2B diarah batal, Brilliant Junction kebal kini 'Dikambing Hitamkan'
06:02 Feb 15, 2020  |  By SabahKini2
Kantoi pecat Raymond, Permit F2B diarah batal, Brilliant Junction kebal kini 'Dikambing Hitamkan'

Siapa sangka pecat Raymond rupanya isu balak lebih tular dan diketahui rakyat. Akhirnya Shafie arah Ketua Konservator Hutan yang selama ini melindungi Brilliant Junction batal permit balak.

Sekalipun dipecat dan dimalukan sebagai Setiausaha Politik oleh Shafie Apdal dan bosnya Christina Liew tanpa penjelasan yang jelas, Raymond Ahuar dilihat bijak apabila mendedahkan surat lawatan kerjanya ke bertarikh 13 Februari ke kawasan pembalakan di Tatalaan II, Nabawan menggunakan kepala surat NGO Pertubuhan Kebudayaan dan Kebajikan Murut Malaysia

Surat NGO itu nampak menukar persepsi  terhadap kes pemecatan Raymond itu kepada hero rakyat di Tatalaan II, Nabawan.

Kandungan surat yang tular jelas menyebut salah laku syarikat pembalakan berkenaan masih belum memulakan kerja-kerja pengukuran pecah geran walaupun permit syarikat itu tamat pada 7 Mac 2020.

[ARTIKEL BERKAITAN-Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri Sabah sahkan dipecat atas arahan Shafie Apdal ]

Raymond menggesa pihak berkuasa memastikan syarikat itu mematuhi arahan kerana ia telah melakukan aktiviti pembalakan melebihi 1,000 hektar serta menyebabkan kemusnahan alam sekitar yang teruk akibat aktiviti pembalakan termasuk pengurusan sisa minyak yang tidak teratur.

Raymond turut mempersoalkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri siri 15/20 bertarikh 8 Ogos 2018 agar semua geran komunal dimansuhkan dan diganti dengan geran anak negeri individu berdasarkan surat Jabatan Tanah dan Ukur bertarikh 6 Ogos 2019 rujukan JTU (S) 100-27/1/895 Klt.1(79) BLCM/Fj/-.

Laporan itu dikemukakan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, Jabatan Tanah Ukur Sabah  serta agensi-agensi kerajaan negeri yang lain selain salinan kepada kepada Shafie Apdal dan Liew.

Kemarahan Shafie Apdal kepada Raymond mungkin tindakannya membuat serangan kepada Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri.

Semakan dokumen SSM menunjukkan Syarikat Brilliant Junction Sdn Bhd milik Lau Ki Wai yang dianugerahkan lesen balak adalah juga Pengarah Urusan Bio Industrial Centre Sdn Bhd (BBIC) proksi rapat Datuk Raymond Tan Shu Kiah bekas pemimpin Gerakan yang kini menyertai Warisan. Mungkin sebab itu tidak ditamat kerana 'Geng Warisan'.


Bagaimana syarikat seperti ini dilantik dan diberi lesen balak?

Terdapat desas-desus dalam laman sosial mengaitkan di belakang Syarikat Brilliant Junction Sdn Bhd milik Lau Ki Wai ini adalah Datuk Yusof Apdal adik Shafie Apdal.

Laman Facebook Bantahan Pembalakan di Sabah adalah antara yang banyak mendedahkan pembalakan di Sabah termasuk isu-isu yang dibangkitkan oleh Raymond Ahuar di di Tatalaan II, Nabawan.

Apa yang berlaku sekarang selepas di pecat Raymond mendapat sokongan dari  masyarakat Murut yang mengadu mengenai projek pembalakan itu.

Rakyat mula mempersoalkan tindakan Shafie Apdal Ketua Menteri, Christina Liew dan Menteri-menteri Warisan.

Ketua Konservator Hutan arah pembekuan Permit Borang F2B.

Terbaru kerana kecoh isu pembalakan di Nabawan dan pemecatan Setiausaha Politik satu surat Pekeliling Jabatan Perhutanan Sabah bertarikh 12 Februari 2020 rujukan JPHTN/KKH 100-4/1/JILID.11/24 ditandatangani oleh Datuk Mashor Mohd Jani Ketua Konservator Hutan mengarahkan pembekuan Permit Borang F2B.

Pembekuan Wayang: Brilliant Junction masih terus boleh membalak

Pembatalan ini termasuk balak di Geran Komunal Tatalaan II melibatkan 475 peserta seluas 3,530 hektar.

Datuk Mashor Mohd. Jaini pertahan Syarikat Brilliant Junction Sdn Bhd

Pada 30 Julai 2019, Ketua Konservator Hutan, Jabatan Perhutanan Sabah, Datuk Mashor Mohd. Jaini berkata telah menggantung lesen operasi Syarikat Brilliant Junction Sdn Bhd sehingga siasatan selesai.

Namun sehingga laporan Raymond Ahuar dibuat 13 Februari lalu nampaknya Syarikat Brilliant Junction Sdn Bhd masih beroperasi.

Datuk Mashor Mohd Jani perlu menjelaskan sudah 6 bulan berlalu tetapi syarikat ini masih berleluasa mengeluarkan balak, malah mempertahankan Syarikat Brilliant Junction Sdn Bhd. Rakyat yang memasukkan paku dalam balak pun dipertahankan oleh Datuk Mashor Mohd Jani. Rakyat bertanya ada kepentingankah?

Namun kuasa tular akhirnya membatalkan Permit F2B itu. Akhirnya yang jadi hero Raymond Ahuar. Apakah selepas tularnya kes ini bagus untuk Warisan?

25 Comments