Lim Guan Eng DAP arah Kastam batal tuntutan cukai jualan, penalti RM20.65 juta kepada Carlsberg
01:02 Feb 16, 2020  |  By SabahKini2
Lim Guan Eng DAP arah Kastam batal tuntutan cukai jualan, penalti RM20.65 juta kepada Carlsberg

Sejak Menteri Kewangan dipimpin DAP, Carlsberg mendapat keistimewaan. Sebelum disenaraikan di Bursa Malaysia, Lim Guan Eng arah Kastam batalkan notis tuntutan cukai jualan dan penalti berjumlah RM20.65 juta kepada Carlsberg.

“Hari ini kita menang, esok subuh kita tutup kilang arak”. Rakyat tidak lupa slogan popular Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam yang kini Menteri Wilayah mengenai usaha menutup kilang pengeluar minuman keras Carlsberg sejak tahun 2008.

Sudah beberapa penggal PH memerintah di Selangor malah sehingga Khalid Samad menjadi Menteri Wailayah, Carlsberg mendapat pula keistimewaan baru di Zaman DAP Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan

Terbaru, Carlsberg menerima berita gembira apabila Lim Guan Eng Menteri Kewangan mengarahkan Jabatan Kastam agensi di bawah MOF membatalkan notis tuntutan cukai jualan dan penalti berjumlah RM20.65 juta kepada Carlsberg Malaysia.

Carlsberg dilaporkan dalam pemfailan kepada Bursa Malaysia melaporkan menerima surat daripada pengarah Jabatan Kastam Selangor kelmarin berhubung perkara itu.

Pembatalan notis tuntutan cukai jualan berjumlah RM13.76 juta dan penalti RM6.88 juta bagi 1 Julai 2011 hingga 14 Jan 2014 itu berkuat kuasa 15 Jan lalu.

Pada September 2014, Carlsberg dilaporkan berkata, Jabatan Kastam Selangor menuntut duti eksais berjumlah RM35.7 juta, cukai jualan sebanyak RM13.76 juta dan penalti RM6.88 juta mulai 1 Julai 2011 hingga 14 Jan 2014.

Syarikat itu bagaimanapun menolak liabiliti ke atas tuntutan itu dan akan mendapatkan nasihat berhubung perkara berkenaan.

Lim Guan Eng nampaknya berusaha keras membantu Carlsberg untuk disenaraikan dalam Bursa Malaysia. Oleh itu sebarang hutang kepada Kerajaan cuba diselesaikan terlebih dahulu.

Carlsberg juga dilaporkan akan disenaraikan dalam Indeks Standard Global MSCI mulai 28 Feb ini menggantikan British American Tobacco (M) Bhd (BAT) senarai indeks itu. 

 

 

22 Comments