Sejak aset TH dipindah SPV milik MOF dikawal Guan Eng, saham, aset terus dijual, hotel ditutup
11:02 Feb 18, 2020  |  By SabahKini2
Sejak aset TH dipindah SPV milik MOF dikawal Guan Eng, saham, aset terus dijual, hotel ditutup

Selepas aset TH dipindah ke SPV, Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) SPV MOF, saham, aset seperti ladang mula dijual. Kini hotel TH juga mula ditutup dan dipindahkan ke SPV..

Selepas aset Tabung Haji satu persatu dijual kepada syarikat luar kini apa yang mula ditakuti orang Melayu Islam sudah bermula.

Semalam tular satu surat ditandatangani pemangku pengarah urusan Kumpulan dan ketua pegawai eksekutif TH Hotel & Residence Sdn Bhd (THHR) Zulkefli Ahmad bertarikh 17 Feb memaklumkan 4 buah hotel THHR di TH Hotel Kota Kinabalu, TH Hotel Pulau Pinang, TH Hotel & Convention Centre Alor Setar dan TH Hotel & Convention Centre Terengganu akan ditamatkan operasi dan perkhidmatan berkuatkuasa 1 April depan.

Penamatan operasi dan perkhidmatan tersebut merupakan keputusan tidak dapat dielakkan memandangkan operasi dan pengurusan hotel terlibat telah diambil alih oleh syarikat milik Kementerian Kewangan, Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) dibawah kuasa Lim Guan Eng Menteri Kewangan DAP.

“Bangunan hotel-hotel yang terlibat juga sudah dipindah milik daripada Lembaga Tabung Haji kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd di bawah Pelan Pemulihan dan Penstrukturan Lembaga Tabung Haji,” katanya.

Menurut surat itu lagi, skim penamatan pekerjaan (SSS) melibatkan anggota yang sudah dikenal pasti sebagai berlebihan akan dilaksanakan di THHR dan 4 rangkaian hotel TH.

Bagaimanapun hari ini selepas kantoi seperti dijangka sama ada aset bakal dijual atau dipindahkan TH dalam satu kenyataan medianya berkata semua 4 hotel itu akan dipindahkan ke syarikat khas milik MOF Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJ).

Apakah ini bermakna aset dan hotel lain milik TH seperti Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, Sepang dan TH Hotel & Convention Centre Kuching, Sarawak serta beberapa hotel TH di luar negara seperti Centrica Global Headquarters, 10 Queen Street Place London and Unilever House di United Kingdom, Imperial Hurstville Sydney di Australia,Hajar Tower Makkah, Al-Haram Hotel Madinah dan  Al-Saha Hotel Madinah juga akan dipindahkan ke Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJ)?

Turut memberi jawapan mengapa Hotel TH tutup ialah Menteri agama JPM sendiri Mujahid Rawa yang berkongsi jawapan sebuah blog dalam facebook rasminya namun akhirnya terpaksa memadam artikel itu selepas jawapan Tabung Haji.

Sebelum ini portal Sabahkini2 pernah melaporkan aset-aset Tabung Haji (TH) bernilai RM19.9 billion telah dijual dan dipindahkan daripada TH kepada sebuah SPV (Urusharta Jamaah Sdn Bhd) 

Malah Kabinet Pakatan Harapan ketika itu mengesahkan  bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan kekal menyelia Lembaga Tabung Haji (TH) atas arahan Lim Guan Eng Menteri Kewangan Malaysia

[ARTIKEL BERKAITAN - Kabinet PH Sahkan BNM, Lim Guan Eng menyelia dan menjual aset Tabung Haji ]

Kabinet PH Sahkan BNM, Lim Guan Eng menyelia dan menjual aset Tabung Haji

Turut mengundang kemarahan rakyat Malaysia ialah penjualan TH Plantations Bhd (THP) melupuskan keseluruhan kepentingan ekuitinya dalam Bumi Suria Ventures Sdn Bhd (BSV) dan Maju Warisan Sdn Bhd (MW) kepada Tamaco Plantation Sdn Bhd keluarga ‘Lim’ pada harga RM170 juta.

Syarikat itu juga memiliki 6,513.80 hektar ladang kelapa sawit di Bintulu dan Sibu, Sarawak.



Agen-agen Lim Guan Eng DAP di TH

Kehancuran Tabung Haji sebelum ini digerakkan oleh korporat Melayu ‘tamak’ seperti Dato’ Zukri (Bekas CEO TH) dan Zato’ Zaiton Hasan ahli Lembaga Pengarah TH yang korup menasihati Mujahid agar terus ‘ditarik hidung’ kepada  Lim Guan Eng.  

[Boleh BACA ARTIKEL

Tabung Haji dalam bahaya, integriti Zaiton Hassan pengarah baru dipersoal

Part 1: Zaiton Hasan dan Tabung Haji dari transaksi merugikan kepada balas dendam

(Part 2) Zaiton Hasan dan Tabung Haji : 'Kaki putar belit' akhirnya makan diri ]

 Satu persatu kehancuran sedang dibuat terhadap Tabung Haji.

Apa jadi pada OFFSHORESWORKS CAPITAL SDN BHD yang diuruskannya? dan sekarang dialah berperanan untuk menstruktur TH

 

 

Comment